Ads 468x60px

Labels

Thursday, October 28, 2010

Berehat Sebentar

Assalammualaikum,
walaupun tak ramai yang baca blog ni, takpela, kira adala jugak pembaca yang sudi singgah. terima kasih diucapkan kepada pengunjung semua ;).

disebabkan saya bakal menduduki peperiksaan akhir semester/ final exam bagi kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, blog ini terpaksa direhatkan dari diupdate dalam masa terdekat ( leh percaya ke?)hehe..

exam inilah exam yang terakhir sepanjang belajar di IPG Kampus Bahasa Melayu ( maktab perguruan ). saya bakal memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. Moga2 peperiksaan terakhir dapat melayakkan saya mengenggam segulung ijazah tersebut sepanjang 5 1/2 berada di Institut ini. Doakan kejayaan saya untuk menduduki peperiksaan pada 1, 2 dan 9 hb ini.

selepas ini, bakal pulang ke kampung halaman (sebelum raya Haji), repair reban, jual apa2 yang patut sementara menunggu ditempatkan di mana2 sekolah yang memerlukan perkidmatan saya.

akhir kata,
ambiklah ilmu yang ada dlm blog ini, walaupun tak banyak. kongsi2kan lah. tak rugi pun.
selamat beramal ;)

sebelum itu, cuci2 mata la dengan gambar2 kt bawah ni.




Thursday, October 21, 2010

Pasar online!!

Assalammualaikum,
saya ingin berkongsikan satu laman web yang menawarkan perniagaan agro online. konsepnya sama mcm mudah.com, cuma kelebihannya kita tidak perlu menunggu masa yang lama untuk iklan dipaparkan. sangat mudah, cuma sedikit kelemahan web ini ialah kita tak dapat pamerkan gambar dalam iklan tersebut (mungkin saya belum explore lg kot).
www.agriplaza.com.my

klik pada link di atas. anda akan terus dibawa ke laman web agriplaza. sila promotekan website ini kepada rakan2 ternak yang lain. sekiranya ramai mengetahui kehadiran laman web ini, mudahlah bagi kita semua untuk memasarkan produk kita.

Anak itik nila

Assalamualaikum,
saya stok baru anak itik nila, baru menetas beberapa hari yang lalu,
harga RM5/ekor. (sila hubungi saya untuk dapatkan diskaun)
ada 10 ekor sahaja.
seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, baka itik ni berwarna putih dan berbaka besar. dapat menghasilkan daging yang banyak. bagi yang belum pernah merasai daging itik nila ini, dagingnya rasa mcm daging lembu sikit.

sila hubungi saya untuk maklumat lanjut
013 2996820

iklan - http://kulim.olx.com.my/item_page.php?Id=131430517&g=6
http://www.mudah.my/Anak+itik+nila+putih-7478946.htm

Monday, October 11, 2010

Cara melihat jantina anak ayam/itik

Assalammualaikum,
hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu tentang cara nk tengok jantina anak ayam/itik atau apa2 yang berkaitan. post kali ini tidak disertai dengan gambar kerana saya masih lagi di Kuala Lumpur dan belum pulang ke kampung halaman ( Kulim, Kedah ).

begini caranya,
pegang kaki ayam, terbalikkannya. kepala di bawah, kaki diatas.

kalau ayam tu melentok/berusaha nk betulkan badannya. tandanya ayam tu jantan.

kalau ayam tu releks je, xberusaha nk angkat badan. tandanya ayam tu betina.

petua ni orang Cina yang ajar saya. saya dh minta saudara Ebraheem dr http://dangaupoultryfarm.blogspot.com/ cuba. dia ckp cara ini berkesan. mungkin selepas ini saudara Ebraheem akan postkan di blognya tentang teknik ini. sama2 kita nantikan.hehe

Friday, October 8, 2010

Koleksi keychain kartun

Assalammualaikum,
kat bawah ni koleksi keychain kartun untuk dijual,
smua baru2 lagi. bercetak di bahagian depan dan belakang.
RM3/unit. tak termasuk pos. klau nk pos, tambah kos pos express. ( tak pasti brapa RM ).
tp, lbh baik beli banyak. xler mmbazir gna pos tu. ambk bnyk, harga leh kurang2 sikit.hehe..













 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About