Ads 468x60px

Labels

Monday, February 21, 2011

Inkubator Boleh Dihantar Ke Semua Destinasi Di Semenanjung Malaysia

Assalammulaikum,
Selama ini saya sering dihubungi oleh pelanggan yang inginkan inkubator diposkan kepada mereka. Oleh itu, saya menawarkan perkhidmatan pos inkubator ke semua destinasi di semenanjung Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan KTM. Murah sahaja harga pos barang tersebut. Mungkin bawah RM20.

Jika pelanggan ingin saya poskan barangan, ingin saya maklumkan terlebih dahulu, sedikit caj akan dikenakan kerana perlu membeli kotak untuk membalut inkubator tersebut. kemungkinan, bekas polistrin yang akan digunakan.

Sekiranya ada pertanyaan mengenai inkubator ini, bolehlah menghubungi saya seperti terdapat di sebelah kiri blog ini. anda juga boleh terus berurusan dengan adik saya yang berada di kedah untuk urusan pembelian inkubator. bolehlah menghubungi beliau di talian, 012 4686504 017 3119730 ( Aminuddin).

Inkubator yang dibina adalah berdasarkan inkubator yang dapat menghasilkan kadar penetasan yang tinggi. Sekiranya inkubator yang telah dibeli mengalami masalah, saya tidak dapat memulangkan wang saudara, tapi saya memberi jaminan untuk memperbaiki kembali inkubator tersebut. Mungkin sedikit kesilapan yang saudara telah lakukan sehingga menyebabkan telur tersebut tidak menetas. Suka saya jelaskan di sini, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan telur yang dieramkan tidak menetas. Saudara boleh merujuk "blog list" yang terdapat dalam blog saya ini. Ambilah ilmu yang baik yang terdapat dalam blog rakan-rakan saya itu. Mereka boleh saya gelarkan sebagai "pakar", saya hanyalah seekor semut hitam di malam hari (hehe..)..

p/s : maaf jika saya tersalah memberi nombor telefon adik saya sebelum ini. tak perasan yang nombor 1 lagi dh mati.hehe

Tuesday, February 15, 2011

Ke udara dari Bahau

Assalammualaikum,
saya telah dipindahkan ke Bahau,N9. sebelum ini di Jelebu. Macam mana la dorang ni bekerja. memang telah menyusahkan saya. sudahlah saya hanya memiliki sebiji EX5 lama sahaja di sini.

Di bahau juga saya telah survey barang2 untuk membuat inkubator. Barang-barang kat sini agak mahal. 2 kali ganda dari harga di kedah. Kedai2 elektrik pula tidak tahu apa itu termostat. Susah-susah. terpaksalah saya ambil stok dai kedah. Itupun setelah saya mendapat gaji pertama.

Pergerakkan wang pula sangat laju. beli dapur gas,tong gas, barang-barang rumah. rumah sewa juga saya masih belum bayar sewa. masih berhutang sebanyak RM300 dari tuan rumah.

Agak perit berada di perantauan dan agak susah untuk memulakan hidup di negeri orang. Mujurlah saya ada menabung sedikit semasa belajar. itupun masih tidak cukup dan masih mengharapkan beli ehsan dr mak dengan ayah.

Tuesday, February 8, 2011

Ke udara dari Negeri Sembilan!!

Assalammualaikum,
saya telah selamat sampai di Negeri Sembilan pada sabtu yang lalu. Alhamdulillah, keluarga juga telah selamat kembali ke Kulim, pada hari Ahad yang lalu.

Berada di suatu tempat yang begitu asing bagi saya amat memeritkan hati ini. Maklumlah, hampir 3 bulan berada di rumah selepas menamatkan pengajian dari IPG Kampus Bahasa Melayu.

Saya akan memulakan sesi pengajaran pada esok hari (8/2/11). di IPG saya mempelajari Bahasa Melayu sebagai major saya, tetapi di sini ( Negeri Sembilan), saya diberi peluang untuk mengajarkan kelas Prasekolah ( saya tiada langsung pengalaman dalam kelas Prasekolah), sebagai seorang guru, nak tak nak, kenala juga mengajar prasekolah. Pembelajaran sepanjang hayat kan?hehe..
 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About