Ads 468x60px

Labels

Thursday, March 31, 2011

Apakah??






p/s: ayam terkejut kerana baru bangun tido, camni rupanya silky tido. tido baring pulak tu.hehe.

sangkar paling mudah nk buat.hehe

Saturday, March 26, 2011

Khidmat Pos Barangan Dengan Menggunakan KTM

Assalammualaikum,
bagi pelanggan yang mahu membeli inkubator, saya menyediakan perkhidmatan pos barangan ke pintu rumah dengan menggunakan khidmat KTM ( Keretapi Tanah Melayu ). Caj yang dikenakan lebih murah dari khidmat Pos Malaysia.

berikut merupakan caj yang dikenakan bagi setiap kilogram barang yang dipos

( sila klik untuk besarkan image )

Cara pengiraan kos penghantaran
Harga Pos dengan menggunakan perkhidmatan KTM
11kg = RM8.50 (5kg yang pertama,rujuk jadual harga) + ( 6kg x RM1.20 )
= RM 15.70 x 5% ( cukai kerajaan )
= RM 15.70 + 0.785
=RM16.49


Secara ringkas
11kg = 5kg ( harga RM8.50 dalam jadual) + 6kg (sebab nak cukupkan 11kg)
        = RM8.50 + RM7.20 (6kgxRM1.20)
        = RM15.70x 5% (cukai kerajaan)
        = RM15.70+0.785 ( 0.785 dapat dari cukai kerajaan darab dengan jumlah harga barang)
        = RM 16.49
p/s
saya pernah menggunakan perkhidmatan ini untuk pos 2 kotak barangan dari KL ke Kulim masa habis belajar dulu. Juga pernah pos inkubator guna perkhidmatan ini. Inkubator sampai dengan selamat. Inkubator juga dibalut dengan plastikpenghantaran terus ke depan pintu rumah



Tempahan Anak Itik Nila


Assalammualikum,
bagi yang berminat untuk mendapatkan anak itik nila, bolehlah membuat tempahan sekarang. Ini kerana, saya akan tentukan jumlah telur yang akan dieram oleh ibu itik nila. Ini untuk mengelakkan "terlebih stok" jika semua telur menetas.

Harga
RM5/seekor untuk umur dalam seminggu ( saya selalunya jual selepas seminggu kerana jika baru menetas, anak itik nila masih lembik)

bagi yang belum pernah membela itik nila dan sangat khuatir jika anak itik tu mati, saya cadangkan belilah dalam kuantiti 3-4 ekor.

berdasarkan pengalaman saya, itik nila lebih "liat nyawanya", susah nak mati kecuali tak cukup makan dan disengat haiwan berbisa. Beli 3-4 ekor, kurung sekali. tak letak lampu pun tak apa. jangan campurkan dengan anak-anak ayam/puyuh sebab itik suka main air, jadi badannya selalu basah-basah.

bekas air juga perlulah kecil sahaja, sudah memadai jika itik tu dapat masukkan paruh. tak perlu biarkan anak itik tu berenang.

p/s
saya tak eramkan telur itik nila guna inkubator kerana tempoh pengeraman terlalu lama..

gambar pembakar semangat.hehe










Thursday, March 24, 2011

Perubahan "layout" blog

Assalammualikum,
Layout blog jiwaniaga ini sedang mengalami proses pengubahsuaian. ini bertujuan untuk memudahkan capaian pengguna ketika sedang melayari blog ini. ruangan "download" yang berada di bahagian kanan juga telah dipindahkan ke bahagian atas. Produk jualan juga telah berpindah di ruangan atas.

Mohon maaf atas kesulitan yang berlaku

Wednesday, March 23, 2011

Bosan Tahap Gaban!!

Assalammualikum,
Saya mengalami sindrom kebosanan yang sangat melampau sekarang. Tak banyak isu dan perkara yang boleh saya kongsikan dalam blog ini. Sebelum ini, bolehlah saya berkongsi tentang penternakan, tetapi sekarang hanya mampu baca blog rakan-rakan yang lain dalam keadaan yang sangat frust sebab tidak membela sebarang binatang.hehe...

Tambahan pula dengan bebanan tugas sebagai guru baharu sangat mendukacitakan hati saya. Dengan keadaan murid yang tidak memahami Bahasa Melayu ( walaupun Malaysia sudah merdeka selama 54 tahun ) sangat-sangat mendukacitakan.

Saya juga terlalu merindui untuk membela sesuatu.hehe... target sekarang Ayam Silky dan Ayam Bulu Balik.hehe.. sapa-sapa yang ada stok murah-murah, bagitaulah saya
Silky

bulu balik

saya juga ingin mencari kayu-kayu lebihan untuk membina reban kecil. dua tingkat pon sudah cukup.hehe..

walaupun keinginan untuk membeli binatang membuak-buak, tapi saya terpaksa melupakan hajat tersebut untuk sementara waktu, maklumlah, saya masih belum bergaji...

p/s: Ingin menjual induk itik nila. Ada yang sudi untuk membelinya??


Tuesday, March 22, 2011

Manual Inkubator Terbaharu!!

Assalammualaikum,
bagi yang berminat untuk membaca manual terbaharu inkubator saya, bolehlah muaturun dari link di bawah. Manual ini lebih ringkas dari yang sebelum ini.

http://www.mediafire.com/?ecv891ngz7gns6n

Monday, March 14, 2011

Manual Inkubator

Assalammualaikum,
bagi yang berminat untuk mendapatkan manual mesin mengeram telur,
bolehlah dowload di link yang disediakan di bawah. Juga terdapat pada ruangan download di sebelah kanan halaman ini.

Manual ini merupakan versi lama, versi baharu akan diupdate kemudian

http://www.mediafire.com/?8twdv0hhqmd356h

Sunday, March 13, 2011

Inkubator Beraksi!!!

Assalammualaikum,
saya cuba meminjam tajuk post dr saudara Akmal.hehe..
pada post kali ini saya ingin menunjukkan inkubator yang telah diubahsuai dan merupakan model penggantian untuk sahabat saya yang berada di penang. Inkubator jenis ini berharga RM290 (nego) dan bersaiz lagi besar dari gambar di bawah. Jom layan gambar!!

Pandangan Hadapan

Pandangan Sisi

Wiring Yang Paling Rumit!!
Termometer Yang Dilengkapi dengan Humidity ( RM 70 nego )

Video bagaimana inkubator ini berfungsi



Bagaimana Inkubator Berfungsi??
1. Setelah mencapai suhu yang dikehendaki ( cth 38c), lampu akan mula terpadam.
2. Kipas di dalam inkubator akan mula berputar.
3. Lampu led ( tak pasti nama betul benda tu ), akan turut menyala apabila lampu terpadam.
4. Bila suhu turun, lampu akan mula menyala dan kipas berhenti berputar.
5. Proses ini akan sentiasa berjalan sehingga suis utama dimatikan.

Harga : RM 290 ( Force Air Fan )

Barang yang dijual masih boleh dirunding harganya. Tapi janganlah mintak kurang gila-gila sebab nk hasilkan 1 inkubator merupakan proses yang rumit. nk kena membongkokkan badan, gerudi sana, sini, pasang skru. kalau tak percaya, cubalah buat sendiri. Memang puas dapat hasilkan inkubator sendiri, bila siap 1, buat lagi satu. bila dh siap baru tau, sakit pinggang jugak kalau buat lama-lama.hehe

Saturday, March 12, 2011

Tsunami Di Jepun

Assalammualaikum,
semua orang sudah tahu bahawa Jepun telah dilanda tsunami. Bagi mangsa-mangsa yang terlibat, takziah saya ucapkan. Saya juga terkejut apabila mendengar berita gempa bumi di Jepun sehingga menyebabkan tsunami. Kesan tsunami juga dikatakan telah melanda Pantai di Terengganu, pembaca boleh melihat video di bawah ini




Sejarah Tsunami 
Fenomena yang dikenali sebagai tsunami ini merupakan sekumpulan ombak besar dan biasanya disebabkan oleh ketidakstabilan aktiviti di dalam laut. Apabila berlaku perubahan air laut yang secara tiba-tiba atau berlakunya pergerakan plat lautan yang turun naik disebabkan oleh gempa bumi maka terbentuklah tsunami yang terjadi akibat daripada desakan graviti. Ombak yang bergerak ini amat merbahaya dan boleh mengakibatkan kerosakan yang tidak terhingga apabila menghempas ke pantai. Perkataan tsunami berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud ombak pelabuhan. Pembentukan tsunami tidak berkaitan langsung dengan bidang astronomi- yang mana boleh dikaitkan dengan pergerakan planet, bulan dan matahari. Selain dari gempa bumi, tsunami juga disebabkan oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh di bawah laut dan beberapa kejadian yang lain. 

Bagaimana gempa bumi menghasilkan Tsunami

Setakat ini, tsunami dihasilkan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar lautan. Ia selalunya muncul di sempadan bumi yang terdiri daripada plat-plat tektonik. Apabila plat-plat ini bertembung di antara satu sama lain, ia akan menyebabkan gempa bumi berlaku yang mana akan berlaku perubahan pada permukaan laut dari hanya beberapa kilometer kepada lebih 1,000 kilometer. Kejadian ini menyebabkan gangguan terhadap permukaan lautan, dan menghasilkan ombak tsunami yang besar. 

Dimana dan bagaimana tsunami terhasil

Tsunami boleh dihasilkan dimana-mana sahaja didunia ini samada di lautan, laut pedalaman dan lain-lain lagi. Setiap benua di dunia ini mempunyai kadar frekuensi dan bentuknya yang tersendiri dalam menghasilkan tsunami samada kecil atau besar. Kebanyakan tsunami terjadi di Lautan Pasifik yang meliputi satu pertiga daripada permukaan bumi dan dikelilingi oleh banjaran-banjaran bersambungan, lembangan lautan dalam dan lengkungan pulau yang dikenali sebagai lingkaran berapi dimana kebanyakan gempa bumi berlaku di situ. 



2011 Jepun
2004 Asia Selatan dan Afrika Timur

1998 Papua New Guinea

1976 Filippina

1964 Pantai Barat Amerika Utara

1960 Chile dan Negara-Negara di Pacifik

1896 Jepun



1883 Indonesia

1755 Portugal dan Europah



sumber


Gambar tsunami di Jepun










Saya Sekarang di Kulim, Kedah

Assalammualaikum,
saya sudahpun kembali ke negeri yang cintai iaitu Kedah.hehe...
sampai Kulim pada pukul 6 pagi tadi.
pukul 10 melawat reban,
agak bersepah reban tu, tambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, habis becak dengan air bertakung lagi. tak apa, esok saya akan jalankan operasi membersihkan reban.hehe..

Berita gembira,
budgie anak hairitu sudahpun membesar dengan baik, sekarang ibunya sedang bertelur pula. melawat reban budgie, tengok, sederet je budgie bertenggek. ada dalam 8 ekor sekarang. warna kuning, hijau, biru, tompok2 kelabu. memang mengujakan. kawan yang datang tengok sangkar budgie pon terus tertarik dengan kecantikan budgie, terus pergi beli budgie. Tok yang marah sebab tengok cucu beli burung, terus tak jadi marah, terus bagi peruntukan khas untuk buat sangkar.hehe... budgie memang ada penangan tersendiri.hehe..

p/s
sedang buat model penggantian inkubator milik rakan, barang sudah beli, cuma belum siapkan lagi sahaja.hehe

Friday, March 4, 2011

Inkubator Adik Saya di Mudah.My

Iklan di Mudah.my

gambar:-



Deskripsi :-
Assalammualaikum,salam 1 malaysia,berita baik buat penggemar unggas,
saya ada menjual mesin mengeram telur ayam/unggas. RM 170.

-Kapasiti telur ayam kampung 30 biji(bekas berwarna merah)

-lampu 15 watt 3 biji 
pengguna boleh request untuk tambah brapa banyak lampu lagi. 
-lampu di bahagian panel hadapan akan menyala apabila suhu didalam bekas
mencapai suhu yg telah ditetapkan.

- termometer jenis biasa disediakan
- bekas air turut disediakan
- bimbingan secara berterusan
-pakej 170 tidak termasuk kipas

sila hubungi saya untuk pertanyaan dan maklumat lanjut

-on promo(bekas berwarna biru)

*jika inginkan kapasiti 40-50 telur ayam(kipas 240vac 
+termometer digtal+5 lampu)
hanya RM290

Hubungi :
Aminuddin 

Tuesday, March 1, 2011

Under construction

Assalammualikum,
saya menghadapi masalah perkhidmatan internet di sini. jadi segala post yang saya buat ada kalanya terlalu terburu-buru. Maaf saya pohon.

saya juga sedang bercadang merombak semula susunan dalam blog ini agar menjadi lebih menarik dan sesuai dengan perkhidmatan yang blog ini tawarkan.

saya juga mungkin tidak akan online beberapa hari/minggu/bulan selagi perkhidmatan internet di rumah ini masih belum dipasang. sekiranya anda ingin bertanyakan sesuatu, silalah hubungi saya melalui sms. kalau saya balas msg terlalu ringkas, faham sahajalah, saya sedang sibuk. tapi saya tetap akan balas sms saudara.

kalau telefon saya tidak diangkat, tinggalkanlah msg, kadang2 saya berada di bilik kecil, memang agak sukar untuk keluar dari bilik kecil sekiranya sedang memerut.

Harga Baharu

Assalammualaikum,
Ingin saya maklumkan kepada pengunjung sekalian, harga bagi inkubator terpaksa dinaikkan dari RM160 ke RM170. Ini disebabkan oleh kenaikan harga termostat dan plastik di pasaran. nak tak nak, terpaksala juga saya menaikkan harga barang.

untuk makluman semua, bagi setiap penempahan inkubator, pembeli perlu memasukkan deposit RM50 terlebih dahulu. sekiranya pembeli membatalkan tempahan pada saat-saat akhir, duit tidak dapat kami kembalikan. Hanya termostat sahaja yang akan dipos kepada pembeli. ini kerana, termostat merupakan jantung inkubator dan merupakan "benda" paling mahal di dalam inkubator.

suka saya jelaskan di sini juga, pembeli haruslah berurusan terus dengan adik saya yang menyambung perniagaan saya di kedah. Ini kerana, saya sekarang berada di negeri Sembilan dalam tempoh yang agak lama. tidak berkesempatan untuk pulang ke kedah. Saya juga sedang berkira-kira untuk melebarkan perniagaan di negeri ini, tetapi kekurangan modal membantutkan target saya. barang-barang untuk membuat inkubator juga sangat mahal di sini.

untuk makluman  pembeli juga, saya juga telah menaik taraf inkubator dengan menggunakan barang-barang yang lebih berkualiti agar berpatutan dengan harga yang saya tawarkan.

cable yang digunakan juga tebal dan susunan lampu dan wayar lebih kemas dari sebelum ini.

waranty yang saya beri hanyalah sebulan ( waranty termostat ), tetapi tentang soalan yang berkaitan dengan inkubator ataupun sebarang pertanyaan, saya tidak hadkan. tanyalah seberapa banyak yang saudara inginkan. saya sedia menjawabnya, tetapi, tolonglah kenalkan diri terlebih dahulu kerana saya tidak menyimpan nombor saudara dalam telefon saya.

suka saya jelaskan di sini juga,
bagi yang ingin mengambil tempahan, sila ambil pada hujung minggu. ini kerana, adik saya masih berpraktikal. hanya pada hujung minggu sahaja dia pulang ke rumah. 
sekiranya saudara membuat tempahan secara tergesa2, kami tidak dapat setting suhu dan test segala yang sepatutnya pada inkubator saudara. kadang-kadang, kami terlepas pandang akan sesuatu benda yang sepatutnya ada dalam inkubator yang saudara beli.

sekiranya saudara ada membeli inkubator kami, dan tidak dapat sebarang manual, sila hubungi saya. saya akan hantar kepada saudara sekalian. beberapa hari lagi, saya juga akan menyediakan link untuk memudahkan saudara memuat turun manual tersebut.
 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About