Ads 468x60px

Labels

Wednesday, October 26, 2011

Inkubator Cuti Depavali

Assalammualaikum,
Rasanya sudah beberapa dekad saya tidak mengemas kini blog ini, dekad?ye ke? tidak, beberapa bulan/minggu rasanya.hehe.. maklumlah sedikit sibuk.

Sekarang saya berada di Kulim, iaitu kampung halaman sendiri. Cuti sekolah selama seminggu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.hehe.. ( guru bercuti ikut murid juga, tp tugas guru, fuhh!!!...)

Sepanjang berada di kampung, saya telah mebaikpulih 2 unit inkubator pelanggan yang menghadapi masalah, kedua-duanya merupakan inkubator keluaran pertama saya. Sebagai pelanggan model pertama, saya telah memberikan keistimewaan iaitu dengan menggantikan inkubator mereka 100% dengan barang baharu. Sama seperti unit yang baru dibeli. Kos?? boleh tahan, tetapi anggap sahajalah sebagai sedekah, sakit pinggang buat benda ni, adoi...

baiklah, gambar-gambar kat bawah ni merupakan gambar sepanjang proses penggantikan model inkubator lama, wayar "temporary cooper" yang warna hitam tu memanglah nampak mudah dipasang, tapi kalau pasang tak menyala, memang sakit hati, saya terpaksa buka balik skru, soket lampu sebab jarum pada soket tidak menyentuh besi wayar kt dalam tu. penyelesaiannya, saya ambik mata gerudi yang halus, korek sikit-sikit sampai kena pada besi wayar tu, Alhamdulillah.... baru lampu menyala balik.



lagi satu, tong merah yang saudara/i nampak tu sebenarnya dh naik harga RM1 untuk 1 tong, jadi, sedikit masa lagi inkubator saya akan dinaikkan harga, pada masa sekarang, saya masih mampu untuk menanggung kos kenaikan tong plastik ni.

Gambar di bawah ni gambar inkubator yang saya gunakan sekarang. jenis yang RM180 shj (kalau pos RM185), tak ada kipas, ada lampu 5 watt 4 biji. prestasi?? terbaik!!!..

2 anak silky baru menetas, anak ayam silky banyak menjadi dalam inkubator ni, tp banyak juga yang mati sebab hujan, cuaca sejuk.hehe..




Anak ayam silky yang ditetaskan menggunakan inkubator, berada dalam inkubator keluaran pertama saya ( masa mula2 belajar)

Gambar ayam kt bawah ni umur dalam sebulan, silky isi hitam. Hasil inkubator juga, kawan-kawan yang sebaya telah dijual kepada pelanggan dari Bukit Kulim, stok-stok yang lain bukannya untuk dijual.hehe


 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About