Assalammualaikum,
Minggu lepas, kami menerima tempahan dari pelanggan dari sabah. agak risau untuk pos ke sabah/sarawak walaupun kami pernah menghantar inkubator ke sana, bukan apa. kami sedikit risau tentang bayaran yang terpaksa dilunaskan oleh pelanggan. bukan murah kos penghantaran ke sana.
mujurlah ada rakan-rakan yang berpesan, "harga inkubator kt sana lagi mahal, kira harga yang hang jual dh kira murah, sebab tu ada pelanggan dari sana yang tak putus2 tambah order(pelanggan lama)" sejauh mana kebenarannya, kami tidak pasti.
yang kami pasti, bagi kos penghantaran inkubator yang berharga RM300, pelanggan perlu menambah RM110 lagi, jadi, jumlahnya RM410. ini untuk pasaran sabah/sarawak,
untuk semenanjung, harga kekal sama. kami belum bersedia untuk menaikkan harga barang, jika naik, ada "part2" tertentu yang bakal kami tambah untuk memuaskan hati pelanggan"
jom layan gambar ~
Pages
▼
Monday, February 13, 2012
Sunday, February 12, 2012
ho ho ho balik kampung!!
Assalammualaikum,
Minggu lalu saya berpeluang untuk pulang ke kampung,mmm.. layan jela gambar.hehe..
yang sempat buat
-tangki air untuk arnab
-sangkar "pair" untuk budgie
Minggu lalu saya berpeluang untuk pulang ke kampung,mmm.. layan jela gambar.hehe..
yang sempat buat
-tangki air untuk arnab
-sangkar "pair" untuk budgie
Thursday, February 9, 2012
Inkubator yang dibaiki
Assalammualaikum,
beberapa minggu lepas saya telah mengambil inkubator dari pelanggan (rujuk pos sebelum ini), hari ini baru berkesempatan untuk memperbaiki inkubator tersebut.
Apa yang telah saya lakukan
1. tukar semua wiring (sebab wayar lama reput)
2. tukar lampur ( 5watt)
3. tetapan suhu ( sedang dilakukan untuk memastikan kerosakan sebenar inkubator, kemungkinan termostat rosak)
jom, layan gambar ~
Sekiranya lampu termometer tak padam-padam masa test ni, kemungkinan :-

Wayar reput digantikan dengan wayar lain |
Proses mencabut dan memasang soket lampu |
Siap!!!! |
Test run untuk kali pertama (agak risau takut meletup)hehe.. |
Bahagian dalam inkubator |
Baru on termometer, suhu ditermometer masih 30.5c |
Sensor termometer, saja tampal pada plastik sebab sensor termostat tinggi sangat |
Sedang diuji sehingga mendapat suhu yang tepat |
Sekiranya lampu termometer tak padam-padam masa test ni, kemungkinan :-
-termostat rosak
-suhu memang tak sampai
penyelesaian
- turunkan sensor, letak atas telur
-tambah lampu, lampu sedia ada 6biji, mayb kena tambah lagi 4-5 biji?
-tukar termostat (sudah disediakan)
Wednesday, February 1, 2012
Repair Inkubator Pelanggan
Assalammualaikum,
selain mengambil upah membuat inkubator, kami juga menyediakan perkhidmatan baik pulih inkubator lama. pembelian inkubator juga ikut nasib sebenarnya, kadang-kadang kita dapat yang elok, kadang-kadang dapat yang rosak. kita tak dapat nak jangka kemampuan inkubator sebab barang elektrik, paham2 jela ye?
Inkubator yang kami jual, kami akan test beberapa kali sebelum hantar kepada pelanggan.
berikut merupakan gambar inkubator yang sedang saya baik pulih, tapi malangnya hampir semua wayar putus bahagian dalam. wayar nampak elok, tetapi bahagian dalam sudah menjadi serbuk.