Ads 468x60px

Labels

Thursday, March 4, 2010

Anak Itik Muscovy ( itik nila )

Assalammualaikum, saya ingin berkongsikan gambar2 anak itik nila saya. asalnya ada 12 ekor. tp dh mati 3 ekor rasanya, angkara budak2 nakal, dorg buka sangkar, tgkp anak itik dan masukkan dlm bekas air, kononnya nk tengok itik berenang.

yang kt bawah ni gambar muscovy masa baru menetas. paruh pon masih pink lg. difahamkan juga anak2 muscovy dijual pada harga RM5 sekor. hampir menyamai anak ayam piru. anak2 itik ni belum ingin dijual. baru nk buat baka. myb akan antr ke kg tok beberapa ekor untuk "dibesarkan" di sana.hehehe..


Gambar kat bawah pulak, gambar itik ni waktu malam. anak2 itik dikutip dan dikurung dlm rumah. takut tikus ambik dalam sangkar plak. Tp kalau ada org sudi tukar anak ayam mutiara dgn anak itik ni, pe salahnya.hehehe.. yg warna hitam tu anak itik kampung. hasil incubator buatan sendiri yang bil letriknya mencanak naik. nth ler kt mana slah settingnya.hehehe

Gambar kt bwh ni pula, gmbr ibu itik tu, bg bawak anak waktu siang je, mlm anak dikutip. dua2 ekor itik ni ibu. dibeli pada harga RM15 sepasang ( untuk diselamatkan dari disembelih).hehehe. itik jantan ada belakang rumah, itik tu hanya berminat dengan ayam betina sahaja. sungguh pelik.


1 comment:

  1. air kotor tu sbnarnya hasil campuran dedak itik dengan air. tu yg kotor cm air longkang

    ReplyDelete

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About