Ads 468x60px

Labels

Wednesday, March 17, 2010

Kisah Itik Nila/muscovy/serati?

Assalmmualaikum, post kali ini xda kaitan langsung pun dengan tajuk kt atas. tak tau nk letak tajuk pe, jd letak jelah tajuk tu.hehehe.. 2 hari yang lepas, 2 ekor anak itik serati mati bergelimpangan kt semak belakang rumah. taktaula kenapa boleh jadi macam tu. mungkin ular?tp temolok ( kantung makanan ) dia kosong je, tapi takkan mati bergelimpangan di tempat yang dekat2? kesimpulan awal yg saya buat, itik ni mati sebab kena patuk ular.hehehe..
sebentar tadi, Ayam Mutiara yg usia hampir 1 thn pon mati juga. sangat kecewa. klau sembelih awal2 kan bagus. dapat juga mkn ayam tu. kt bawah ni, saya kongsikan koleksi2 ayam dan itik yang saya ada. untuk jantina ayam mutiara, saya masih lagi perlukan bantuan sesiapa sahaja untuk melihat jantina ayam tersebut. post berikutnya saya akan kongsikan video ayam mutiara tersebut.


Gambar kt bawah ni telur itik nila (saiz mcm telur itik biasa, warna mcm telur ayam ), ada 4 biji ( baru 4 hari bertelur). 1 ekor itik nila lg, masih menjaga anak walaupun anaknya dikurung berasingan. ( sapa nk tempah anak itik nila ni hubungi saya -013 2996820, slalunya telur dia 10 biji je )

ni pulak itik nila jantan ( saiz mmg besar ke?hmpir menyamai saiz ayam piru betina). itik ni kena kurung berasingan. sbb sangkar itik betina tak muat utk dia. nak beli itik ni? masih belum berhajar untuk dijual.hehehe



3 keping gambar kt bawah ni gambar itk nila betina yang kembali bertelur ( rujuk gambar kt ats sekali). saiz besar sikit je dr itik kampung.
ni jela baki anak itik yang tinggal ( 8 ekor itik nila, 2 ekor itik kampung) dulu 15 ekor. kesian2. agak kotor, baru pas mandi dengan air longkang.hehehe... itik ni sangat suka main dekat cangkul klau orang korek lubang. anak2 itik ni tak dijual. batch 1st itik nila kt rumah ni. jantina xpasti sebab tak pandai tgk jantina itik ni. separuh akan dihantar ke rumah tokwan untuk dibela di sana. yg memang sah jantan, akan disembelih buat gulai satu hari nanti. takpun, akan ada sale kt web ni nanti. tunggu jela 3 bln lg ke.hehehe..

yang paling besar ( warna itam ) itik kampung. hasil incubator cubaan pertama. 100% telur itik menetas ( ada 3 biji je yg test, sbb tu 100% ) sangat tidak berbaloi kerana hanya tetaskan 3 biji telur itik, 5 biji telur puyuh. tp bil naik gila2.myb sebab suhu dlm incubator naik cepat ( lampu 25watt x 4 ) jadi, lampu akan menyala sekejap, dan terpadam. semua kejap2 je. mungkin tu yg menyebabkan bil naik?


ni ibu itik nila yang setia menjaga anaknya walaupun anak itik tu dlm kurungan. nth le bila akan bertelur,harap2 pas cuti sekolah ni. dpt buat duit.hehehe

sebelum terlupa, saya juga ada menjual susu Alphalipid dan susu Slim Diet 2 ( pasti berat bdn turun 3kg dlm msa seminggu, berminat?hubungi saya)

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About