Inkubator yang telah ditempah oleh saudara Azam sudah selamat disiapkan. akan dihantar kepada beliau dengan masa terdekat.
Saya juga menerima tempahan inkubator plastik dalam saiz yang berlainan, sekiranya ada mempunyai storage plastik yang ingin dijadikan inkubator, bolehlah menghubungi saya. sekurang-kurangnya anda dapat berjimat dalam RM20-30.
Harga inkubator yang dikeluarkan oleh pengeluar bumiputera tidak selaras. kenapa ye? ini jawapannya,
harga diperoleh oleh pembuat-pembuat inkubator tidak sama, ada yang dapat harga yang murah, ada pula yang mendapat harga yang terlalu mahal. Oleh itu, ambik la peluang beli inkubator pada waktu-waktu begini ( hujung tahun ), kerana harga promosi yang diberikan oleh pembekal barangan elektrik ( termostat/lampu dll) menjadikan pembuatan inkubator menjadi "sedikit" murah.
Jom layan gambar ;)
Tanda harga pon tak buang lagi.hehe |
Wiring Inkubator, nk beli? boleh bincang ++ percuma diagram cara nk pasang |
Bekas air dengan paip air pump |
Termostat yang dipasang pada inkubator |
Termometer digital. tanda harga masih belum dibuang. Boleh dibeli di kampung benggali, Penang |
Ada yang meragui kemampuan inkubator plastik, saya juga pada mulanya meragui kemampuan inkubator ini. setelah dicuba, Alhamdulillah, bagus rupanya. Ibu saya juga memperlecehkan inkubator buatan saya pada mulanya ( beliau marah kerana tong plastiknya ditebuk.hehe..). Setelah melihat telur menetas, beliau terpaksa akui kemampuan inkubator plastik ini.
Anda seharusnya mencuba semua perkara, bukannya sekadar mengatakan barangan ini tidak bagus, barang itu tidak bagus. selagi anda tidak mencubanya, selagi itu anda tidak mengetahui kemampuan sesuatu barangan tersebut. saya bukanlah menidakkan kemampuan inkubator playwood, saya hanya cuma memberi cadangan pilihan yang lain kepada anda semua. tepuk dada, tanya selera. setiap barang ada kebaikan dan kelemahan tersediri, ambikla yang baik, yang lemah, kita betulkan sama-sama. hehe..
p/s : sesiapa yang mengalami sembelit/buasir, sila trnfer RM1 (kos pos sample) kepada saya. sampel stevia akan dihantar kepada anda. pasti anda akan akui kehebatan stevia. selamat mencuba!!
inkubator plastik campur dengan kos penghataran ke miri sarawak brapa bang?
ReplyDelete