Anak Ayam untuk dijual, RM1/ekor
itik nila sedang mengeram telur, 20 ekor anak telah ditempah orang, Alhamdulillah...
Upgrade reban, jadi separuh bumbung shj, reban2 kecik akan dirobohkan, dan tiang2 kt bawah ni akan dipasang jaring. nampak x daun apa yang digantung?hehe..
Daun ini dikatakan dapat mengelakkan ayam dari terkena penyakit seperti hawar/sampar. petua dari arwah Tok Wan. daun2 ini tumbuh meliar dalam kebun getah. tak pasti nama apa.
pokok ini pun sama. juga dikatakan dapat mengelakkan ayam dari kena penyakit sekiranya ditanam berhampiran dengan reban. cuma tinggal sepokok sahaja, yang lain sudah mati.
daun dan batang jenis berduri halus.
bapak itik nila yang degil dan liar. akhirnya dikurung kerana sering melawat rumah orang lain.
Rumah ikan kaloi dan guppy. dibina sendiri dengan bantuan rakan, bumbung hadapan sudah seperti rumah minangkabau.hehe.. dijangka sangkar arnab dan G.Pig juga akan dibina di sini.
aviary budgie. dalam ni ada burung budgie 5 ekor , baru turun anak 3 ekor. burung ciak raya 3 ekor, burung ciak pinang 2 ekor dan burung merbok kampung 2 ekor. jantina burung merbuk xtau.hehe.. yang tak pakai baju kt bawah ni merupakan pekerja saya, sedang menambun tanah dalam reban.
kucing. "pon" nama diberi ;)
p/s ; sudah kematian arnab jenis anggora pagi tadi. mati akibat cirit birit. sekor lg arnab kampung mengalami masalah kembung perut
amar..kalau dapat pokok tu lagi gtaw..nk tanam kat ladang....jaga pokok yg tinggal tu ya... :) hehe...
ReplyDeleteInshaAllah,
ReplyDeletesaya cuba untuk semai balik pokok tu, banyak2 nnti saya letak dalam polybeg, bleh la bg kt kawan2.hehe..
tu semua petua orang tua2, kita generasi muda ikut je.hehe..
lagi 1, masa saya melawat homestay kg lonek kt n9, penternak ayam kampung kt sana cakap, dorang bela ayam selasih dlm 2-3 ekor dalam kandang dorang, dorang cakap ayam2 selasih tu dapat merawat ayam kampung yang sakit. macam antibiotik la jugak.
oh ya...hari tu sayang dua ekor ayam selasih pun kena hawar..sayang dah cantik dan besar...amar...itik dah warna putih...hehehe...cepat besaq...hari tu saya beli itik kampung kat pesta Pulau Pinang...ada 6 ekor.
ReplyDeletepokok saya tanam tu tinggal batang je, daun nth kemana.hehe...
ReplyDeleteitik dh warna putih?bagus la, itik saya warna merah skrg, dorg main tanah merah lak.hehe..
kt rumah skrg mcm dh kena attack hawar. ayam2 yg g rumah jiran smua dh sakit, aym yang saya kurung, Alhamdulillah ok je.
ada ubat penawar apa2 x?