Ads 468x60px

Labels

Friday, September 17, 2010

Dah besar dah itik ni

anak2 itik yang nk jual aritu dh besar2 dh. jinak sanggat. klau nk beli boleh je, RM10/ekor. call la, mana tau kot2 dpt diskaun.hehe





Wednesday, September 15, 2010

Wednesday, September 8, 2010

Cara melihat jantina burung jenis Budgie

Assalammualaikum,
hari ni saya nk berkongsi sedikit cara untuk melihat jantina burung jenis budgie. di sesetengah tempat dipanggil burung cinta ( sedangkan burung cinta berlainan jenis dr budgie )

inilah yang dikatakan burung budgie

cantik kan?
di sesetengah tempat, harga burung ni sangat mahal. tp di kedah, harga burung ni dalam RM50 sepasang. 5-10 tahun yang lepas, harganya hanya RM15/ekor sahaja. sangat murah.

Budgie jantan

cara nk kenal jantina burung jenis ni sangat mudah, cuma tengok di bahagian "cere"nya sahaja. saya panggil idung. tak taula org lain panggil apa. kalau care berwarna biru tandanya burung jantan. kalau tidak berwarna, burung betina.

burung betina

sebelah kiri burung betina, sebelah kanan burung jantan. tengok, ada perbezaan kan?

klau idung burung betina berwarna coklat, tandanya burung tersebut sedang mengeram telur ( berdasarkan bacaan saya )

sudah lima tahun saya membela burung jenis ni, tp tidak berhasil. pernah satu ketika berjaya menetaskan 3 ekor anak ( 2 hijau, 1 kuning ), malangnya ke-3-3 ekor anak tersebut telah mati. tak tau kenapa.

semua induk dh mati, terpaksa beli induk baru. sekarang jantan berwarna hijau, betina berwarna putih-biru. sebelum ni ada 2 induk betina, tp telah mati. 2-3 bulan sebelum ni, telur budgie menetas, anak tunggu masa untuk terbang, tp anak pulak kena makan dengan tikus. sangat kecewa. anak mata berwarna merah, badan berwarna putih-kuning rasanya.
 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About