Ads 468x60px

Labels

Monday, December 26, 2011

Review Inkubator!!

Assalammualaikum,
Jom review inkubator yang kami hasilkan,
sila abaikan suhu di termometer, :)

Ketika lampu menyala (lubang sebelah kiri )

Ketika lampu terpadam, pilot lamp(kuning kanan) akan menyala dan kipas dalam inkubator mula berfungsi

Susunan lampu dalam sesuatu tong inkubator agak berlainan, bergantung pada siapa yang hasilkan inkubator yang saudara/i tempah. kalau susunan di bawah ni untuk letak kipas, ruang terhad, kami terpaksa memaksimumkan ruang

Susunan lampu dalam inkubator

Free manual, tray air kt dalam tu

Wayar yang kami gunakan agak tebal (jenis cooper). Sebabnya, kami pernah menggunakan cable jenis biasa (putih berkembar, line biru). cable tu tak tahan sangat, pada hakikatnya cable nampak normal, tetapi wayar yg kat dalam tu sebenarnya sudah putus. jd kami tukar keseluruhan inkubator dengan wayar lebih tebal.

Wiring yg agak rumit

Secara keseluruhannya, kami cuba sedaya upaya untuk menghasilkan inkubator yang dapat memenuhi keperluan pengguna. kami berasa puas sekiranya pengguna dapat menetaskan telur menggunakan inkubator kami.

kami juga secara perlahan-perlahan dan berperingkat cuba menghasilkan R&D yang baru, upgrade tong, wiring dan lain-lain. Buat masa sekarang, kami masih mampu menanggung kos, tapi sehingga bila, kami tidak dapat menjangkakannya.

Sunday, December 25, 2011

Proses Pembuatan Inkubator

Assalammualaikum,
berikut merupakan proses penghasilan inkubator, agak memenatkan, sakit pinggang ooo.. rumah pon berselerah.hehe

Kotak Skru, cable, dll..

Keadaan Rumah yang berterabur

Dah siap, test!!

Saturday, December 24, 2011

Serangan Sampar

Assalammualaikum.
Setakat ni ayam yang dah mati
Ayam kampung 3 ekor
Ayam Silky, induk 1 ekor jantan
Ayam Silky betina 1 ekor
Ayam Silky betina sakit 2 ekor

Yang lain menunggu masa sahaja, mintak2 tak jadi apa2 la lps ni...

Induk Silky yang dibeli di Bahau awal tahun lalu

Thursday, December 22, 2011

Sertai Kami Di Facebook

Assalammualaikum,
Untuk pelanggan, bakal pelanggan dan bekas pelanggan, silalah sertai kami di facebook, kongsikan pengalaman anda dalam menggunakan produk kami!!


link : http://www.facebook.com/profile.php?id=100003231836173

p/s : di ruangan fb tersebut juga mempunyai identiti kami (penjual), jadi anda tidak perlu takut sekiranya ingin berurusan dengan kami walaupun anda tidak bertemu dengan kami.

Wednesday, December 21, 2011

Pembatalan Tempahan dan Serangan Penyakit

Assalammualaikum,
Beberapa hari yang lalu saya telah post beberapa gambar tempahan dari pelanggan di terengganu, tempahan tersebut telah saya batalkan kerana ayam-ayam dirumah menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.

antara gejalanya ialah :-
-Ayam monyok dan tidak lalu makan
-termolok lembik(macam ada air sahaja)
-berak cair/banyak air (macam water colour)
-muka merah dan panas

mungkinkan serangan sampar?

Ayam yang sakit. tp sakit apa?

Vaksin Sampar sebagai persediaan

Antibiotik untuk Ayam

Pemulangan Semula Duit kepada Pelanggan Dr Terengganu

Sunday, December 18, 2011

Order Dari Terengganu..

Assalammualaikum,
Berikut merupakan unggas yang bakal dihantar kepada pelanggan di Terengganu
Silky Hitam RM100/ekor

Silky Putih, RM50/ekor

RM150/ekor (anak, bukan dalam gambar ni )




Sekian,
P/S : Esok terpaksa pulang ke tempat mencari rezeki untuk bermesyuarat..

Produk Baharu di JiwaNiaga Farm!!

Assalammualaikum,
sebelum ini kami hanya menawarkan produk seperti inkubator, itik nila dan beberapa ekor ayam kampung. setelah bekerjasama dengan rakan-rakan dari farm yg lain, pihak kami cuba untuk memasarkan beberapa jenis unggas untuk mempelbagaikan pilihan pengguna. Antaranya puyuh putih, silky, sugar glider (bukan kategori unggas), parrot (sila sms/call untuk pengesahan stok). berikut merupakan produk yang cuba kami perkenalkan.
Puyuh Putih RM15/pasang

Silky Putih(isi Hitam), RM 100/pasang
RM100/pasang

unggas yang lain akan di update dr masa ke masa.

p/s
-maksud "pasang" di sini ialah jantan+betina, bukannya kalau ambik 1 ekor jantan, 3 betina. (tu peraturan ladang rakan2 yang lain)
- kami "TIDAK AKAN" bertanggungjawab diatas kematian unggas sekiranya pihak saudara inginkan kami hantar melalui bas.
- self pick up amat dialu-alukan!!

Wednesday, October 26, 2011

Inkubator Cuti Depavali

Assalammualaikum,
Rasanya sudah beberapa dekad saya tidak mengemas kini blog ini, dekad?ye ke? tidak, beberapa bulan/minggu rasanya.hehe.. maklumlah sedikit sibuk.

Sekarang saya berada di Kulim, iaitu kampung halaman sendiri. Cuti sekolah selama seminggu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.hehe.. ( guru bercuti ikut murid juga, tp tugas guru, fuhh!!!...)

Sepanjang berada di kampung, saya telah mebaikpulih 2 unit inkubator pelanggan yang menghadapi masalah, kedua-duanya merupakan inkubator keluaran pertama saya. Sebagai pelanggan model pertama, saya telah memberikan keistimewaan iaitu dengan menggantikan inkubator mereka 100% dengan barang baharu. Sama seperti unit yang baru dibeli. Kos?? boleh tahan, tetapi anggap sahajalah sebagai sedekah, sakit pinggang buat benda ni, adoi...

baiklah, gambar-gambar kat bawah ni merupakan gambar sepanjang proses penggantikan model inkubator lama, wayar "temporary cooper" yang warna hitam tu memanglah nampak mudah dipasang, tapi kalau pasang tak menyala, memang sakit hati, saya terpaksa buka balik skru, soket lampu sebab jarum pada soket tidak menyentuh besi wayar kt dalam tu. penyelesaiannya, saya ambik mata gerudi yang halus, korek sikit-sikit sampai kena pada besi wayar tu, Alhamdulillah.... baru lampu menyala balik.



lagi satu, tong merah yang saudara/i nampak tu sebenarnya dh naik harga RM1 untuk 1 tong, jadi, sedikit masa lagi inkubator saya akan dinaikkan harga, pada masa sekarang, saya masih mampu untuk menanggung kos kenaikan tong plastik ni.

Gambar di bawah ni gambar inkubator yang saya gunakan sekarang. jenis yang RM180 shj (kalau pos RM185), tak ada kipas, ada lampu 5 watt 4 biji. prestasi?? terbaik!!!..

2 anak silky baru menetas, anak ayam silky banyak menjadi dalam inkubator ni, tp banyak juga yang mati sebab hujan, cuaca sejuk.hehe..




Anak ayam silky yang ditetaskan menggunakan inkubator, berada dalam inkubator keluaran pertama saya ( masa mula2 belajar)

Gambar ayam kt bawah ni umur dalam sebulan, silky isi hitam. Hasil inkubator juga, kawan-kawan yang sebaya telah dijual kepada pelanggan dari Bukit Kulim, stok-stok yang lain bukannya untuk dijual.hehe


Tuesday, September 27, 2011

Update Harga Barang

Assalammualaikum,
Sudah lama agaknya saya tidak mengemaskini blog, maklumlah, tugas sedikit sibuk menghadiri kursus, mengemaskini blog sekolah, membetulkan masalah internet sekolah. boleh dikatakan hampir semua berkaitan dengan sekolah. Maklumlah, tugas sebagai seorang guru bukannya hanya tamat pada 2.00 petang, tp hanya tamat pada waktu tidur sahaja.

baiklah, cukup setakat itu saya merapu.hehe..

Sedikit update harga barang yang ingin saya jelaskan di sini,

Termostat(40/110c) - Harga kekal, RM50+pos 

Termometer Digital- RM40 + Pos

Kipas AC 240v- RM40 + Pos


Termostat + wiring+Termometer digital+kipas = RM140 ( termasuk pos ke semenanjung)( sabah dan sarawak +RM40) 
- Pakej ini disyorkan kepada pengguna dari sabah/sarawak kerana kos penghantaran terlalu mahal. 


Beli barang 1-1 harga sedikit mahal, kalau beli ikut pakej, lebih murah.


p/s : Harga tertakluk pada perubahan. Sila sms saya untuk harga terbaharu



Wednesday, July 20, 2011

Bagaimana Inkubator Kami Berfungsi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya telah berkongsikan video bagaimana inkubator kamu berfungsi sebelum ni. Tapi kali ini, video yang baru diupload ini lebih jelas dan cantik ( ye ke??)hehe..

wiring yang dijual juga menyamai seperti di dalam video ini. hanya perlu, tebuk lubang besi utk termostat dan pasang skru pada soket lampu sahaja.

bagi yang berminat, boleh buat tempahan sekarang kerana saya tidak dapat menjangkakan bila harga barang akan naik. ( kos barang sudah mula meningkat sekarang)

Tuesday, July 12, 2011

Layan..

beberapa msg yang saya terima dari pelanggan..











Monday, July 4, 2011

Inkubator Delay

Assalamualikum,
kepada semua pelanggan, harap maaf, inkubator anda lambat hantar kali ini. Inkubator memang dh siap, dan pos dh. Gambar :-


gambar2 seterusnya, ada pada blog ini (link)

Friday, July 1, 2011

Inkubator Pos

Assalammualaikum,
Saya lebih banyak menerima order yang menghendakkan saya pos inkubator ke banyak lokasi di seluruh Malaysia. tak banyak yang mahu COD inkubator tu. Bagi saya, itu juga jalan yang terbaik kerana saya tak mempunyai masa yang banyak. Maklumlah, tugas sebagai seorang guru bukan hanya tamat selepas loceng sekolah berbunyi, tetapi sehingga tiba waktu tidur pada waktu malam.

Inkubator yang diorder akan dibungkus seperti gambar di bawah. Sebelum dipos, inkubator akan ditest terlebih dahulu. Kami tidak menjual inkubator yang bermasalah. Jika bermasalah, sila maklumkan kepada kami. Kami akan membaikinya kembali tanpa caj!!. tapi dengan syarat, inkubator tersebut bukannya rosak sebab pengguna gatal tangan mengubah wiring yang terdapat dalam inkubator.


Saturday, June 25, 2011

Mesin Mengeram Telur, Kini di Bahau, N9

Assalammualaikum,
Pihak JiwaNiaga ingin melebarkan sayap perniagaan inkubator kami di seluruh Malaysia. Bagi kawasan utara, operasi pusat kami berada di Kulim, Kedah dan segala urusan pengeposan inkubator di buat di Penang.

Untuk pengetahuan semua, mesin kami juga telah terjual sehingga ke Brunei. Kami juga sentiasa menerima tempahan dari Sabah dan Sarawak. Walaupun harga pengeposan ke sana lebih mahal, pihak kami sentiasa memberi pilihan kepada pelanggan di sana untuk mengurangkan kos pos inkubator.

Untuk urusan di Negeri Sembilan, anda boleh berurusan dengan saya ( Mohd Ammar, 013-2996820). Sekiranya anda mempunyai inkubator lama untuk diperbaiki, boleh juga dihantar kepada saya.

Untuk makluman semua, kos penghasilan inkubator di sini ( Bahau ), lebih mahal dari di Negeri Kedah. Sesetengah bahan tidak dapat diperoleh di sini, dan jika diperoleh, harganya meningkat 2x ganda. Antara bahan yang sukar diperoleh ialah termostat dan lampu jernih 5watt.

Berikut merupakan gambar inkubator yang dihasilkan :-








Saiz inkubator
Panjang - 17 inci
Tinggi - 10 inci
Lebar - 14 inci

Kapasiti telur = 40 biji lebih ( telur ayam kampung )
free = Buku manual, tray telur

hubungi : 0132996820 (ammar)

p/s : juga menyediakan perkhidmatan mengeram telur unggas.
Perbezaan harga inkubator RM300 dan Inkubator RM180

Jualan Secara Online (maybank)

Inkubator akan dibalut sebelum dipos

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About