Ads 468x60px

Labels

Wednesday, November 24, 2010

Rahsia Telefon Bimbit

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.


sumber diperoleh dari gempak.org

Tambah Koleksi Ternakan

Assalammualaikum,
pagi tadi sempat ke pasar, beli puyuh 10 ekor + anak ayam gajah 2 ekor. tak taula esok macam mana, mintak2lah hidup

nk eramkan telur puyuh, tp tak ada baka dan telur memang sangat menyusahkan.hehe.. area2 Kulim, Kedah ada tak yang dapat membekalkan telur puyuh berbenih? dalm 30 biji pon dh cukup, nk test incubator. dulu tiap kali menetas, saya berada di Kuala Lumpur, berhajat sangat nak tengok macam mana telur tu menetas dalam incubator saya.

kenapa saya memilih puyuh?
klau eramkan, hanya mengambil masa dalam 17 hari sahaja. ok lah tu, saya masih bercuti ketika itu.

saya berhajat untuk membeli anak ayam mutiara dr mudah.my ni : -
RM 18/ekor sahaja.
bajet tak ada, tak boleh nak buat apa la. itik nila bulan ni bertelur merata tempat, tak jumpa telur-telur tu. putuslah harapan nk jual anak-anak itik nila bulan hadapan.. 
iklan dr mudah boleh rujuk sini

Tuesday, November 23, 2010

Perkhidmatan menyunting gambar

Dibawah ini terdapat beberapa keping gambar yang telah saya sunting dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Saya juga menerima tempahan untuk membaiki gambar yang mengalami kerosakan minor. kalau major saya tak berani buat.hehe.. Hubungi saya untuk repair gambar2 yang rosak, harga boleh dibawa berbincang.hehe



Projek Incubator sedang berjalan

Assalammualaikum,
Saya baharu sahaja menamatkan pelajaran di IPG Kampus Bahasa Melayu. Awal tahun depan mungkin akan di postingkan ke mana-mana tempat di Malaysia. mungkin hobi menternak ayam ni akan terhenti apabila ditempatkan di mana-mana kawasan selain dr kampung sendiri ( ternak di kampung lg seronok, dpt blk kg selalu)hehe..

projek untuk menyiapkan sebuah incubator sedang dijalankan, cuma sedikit terlambat kerana saya memerlukan bantuan dari adik dan abang saya untuk mencari termostat yang bersesuaian kerana di Kulim sukar untuk memperoleh stok tersebut. Storage yang dijual di pasaran pun sudah naik harga, jadi kos pembuatan juga akan naik. saya menjangkakan harga sebuah incubator yang akan saya jual dalam lingkungan RM200-RM215. harga tersebut hanya cadangan, mungkin terpaksa dinaikkan sehingga RM250. Semua bergantung kepada harga aksesori yang lain. moga2 harga saya bakal jual berada di paras bawah RM215. jadi, tempahan untuk incubator telah saya buka sekarang. ;)

Selain itu, saya juga ada menjual produk2 berasaskan stevia. Produk ini ditanam di Malaysia ( Sungai Petani ) oleh bapa saudara saya. Bagi yang mengalami masalah seperti buasir/sembelit dan kencing manis, amat2 saya alukan untuk menggunakan produk ini. produk ini boleh digunakan bersama ubat klinik. produk ini juga dikategorikan sebagai tumbuhan herba.

Thursday, November 18, 2010

Stok Anak Itik Nila dah habis dijual

Assalammualaikum,
stok anak itik nila sudah habis dijual,
sekarang musim hujan, telur rosak ditengelami air. rugi sangat2,
duit yang saya peroleh dari jualan itik 100% digunakan untuk beli makanan ayam dan itik.
saya tidak memperoleh sebarang untung dari perniagaan ini,takpelah, hanya sekadar hobi dan mengisi masa lapang.hehe..
sekarang saya cuba menjalankan perniagaan incubator plastik pula, entahlah laku ke tak.hehe
ni contoh incubator pertama ciptaan saya (idea dr blog org lain)

ini pula generasi pertama itik yang saya bela :-

ayam mutiara kt bawah ni sudah disembelih kerana semua jantan ( saya sedang mencari stok baharu ), ayam piru masih wujud, cuma tiada betina sahaja. sudah beberapa kali hampir menemui ajal,selamat mak tolong tengok2kan. tq mama.hehe..


Wednesday, November 17, 2010

Produk Stevia Yang Dijual

Assalammualaikum,
saya ada menjual beberapa produk stevia seperti di bawah ni :-
Estrak Stevia ( serbuk putih )


Pil Stevia (100% asli , tiada bahan tambahan) - 40+ biji

Harga - RM15/botol
Kalau nak pos, tambah RM5.

Antara ciri-ciri STEVIA ialah :
1. Pemanis semulajadi
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3. Melawaskan kencing
4. Menurunkan tekanan darah
5. Membunuh bakteria
6. Membunuh kulat
7. Membunuh virus
8. Mengurangkan keradangan
9. Membantu menurunkan berat badan

Anda boleh merujuk kembali post sebelum ini untuk mengetahui tentang stevia.

jika berminat, silalah berhubung denga saya. 013-2996820 (Mohd Ammar), Kulim Kedah

Monday, November 15, 2010

Daun Gula

Di JiwaNiaga, kami turut menjual produk stevia seperti di bawah ini,
  • Extract daun Stevia ( boleh menggantikan gula)
  • Pil Stevia ( 100% daun stevia yang telah dikeringkan dan dimasukkan ke dalam tablet)
  • Pokok Stevia ( boleh hidup dengan keadaan cuaca di Malaysia )
Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi saya, Mohd Ammar ( 0132996820), harga sangat berpatutan. harga tak sampai RM30. Murah bukan??

Bagi yang belum mengetahui info berkenaan dengan stevia, boleh rujuk keratan akhbar di bawah.


Daun gula

Oleh Rohaniza Idris


Tumbuhan stevia 200 kali lebih manis berbanding gula tebu

KENAIKAN harga gula mulai 1 Januari lalu, disambut rungutan orang ramai yang sudah menganggapnya sebahagian bahan keperluan utama kehidupan. Seperti dijangkakan, berlakulah masalah kekurangan bekalan gula di pasaran selain pembelian panik oleh pengguna yang selama ini sudah sebati dengan bahan pemanis itu.

Berikutan itu, pelbagai langkah diambil kerajaan untuk mengatasinya dan pada masa sama menyarankan orang ramai mengurangkan jumlah pengambilan gula berikutan peningkatan jumlah pesakit diabetes dan darah tinggi setiap tahun.

Namun, di celah kesibukan kempen mengurangkan manis (gula) dalam makanan dan menambahkan manis dalam senyuman, timbul pula keghairahan beberapa pihak mengetengahkan bahan pengganti seperti madu, gula tiruan dan stevia. Madu dan gula tiruan sememangnya biasa didengari, tetapi stevia?

Stevia adalah sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis. Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Namanya bagaimanapun mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan akhir-akhir ini dilonjak sebagai berpotensi menjadi tanaman komersial di negara ini.

Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian, berkata stevia yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.

“Pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.

“Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.

“Jika bahan steviosid dan rebaudiosid A diasingkan dalam proses makmal, maka rasa pahit dalam stevia akan dapat dihilangkan dan ia sesuai untuk dijadikan pemanis tanpa rasa pahit. Rasa pahit yang ada pada stevia kurang digemari sesetengah orang dan menjadi antara halangan utama sebagai makanan pengganti gula,” katanya

Beliau menjelaskan stevia mula dibawa masuk ke negara ini pada 1970-an dan kajian mengenainya berterusan sehingga ke hari ini, namun hanya dikenali ramai sejak lima tahun kebelakangan ini.

Katanya, stevia sudah dijadikan pengganti gula di Jepun dan menguasai 40 peratus industri pemanis manakala Korea Selatan menjadi negara kedua terbesar menjadikan stevia sebagai bahan pemanis. Di Kanada, India, China, Russia dan Paraguay, bahan pemanis itu diusahakan secara komersial.

Beliau menjelaskan sebelum ini ramai yang meragui khasiat stevia kerana kajian ke atas tikus di makmal mendapati pengambilan bahan pemanis secara banyak dan berterusan menyebabkan haiwan itu mandul.

“Tiada kajian khusus ke atas manusia dilakukan dan jika mahu dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli di Paraguay, sukar untuk mendapatkan jawapan yang tepat kerana mereka tidak memakan stevia secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak. Masyarakat itu memakan stevia bagi menghilangkan rasa pahit ubat saja dan bukannya dijadikan bahan wajib bagi setiap hidangan.

“Malah, satu masa dulu kerajaan Amerika Syarikat pernah mengharamkan kemasukan stevia sebagai pengganti gula. Namun, pada lewat 2008, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan stevia sebagai bahan makanan yang selamat dimakan dan dikategorikan sebagai makanan tambahan dan herba bukannya pengganti gula,” katanya.

Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun dikatakan kumpulan pengguna terbesar menggunakan stevia bagi tujuan memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

Potensi stevia di Malaysia

APAKAH potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini? Bolehkan ia dijadikan industri bahan pengganti gulai?

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata Mardi banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula.

Namun, baginya herba itu tidak sesuai dijadikan tanaman komersial pengganti gula kerana kurang nilai ekonomi akibat harganya yang rendah, selain kualitinya yang tidak sebaik tumbuhan sama yang dikeluarkan di negara empat musim.

“Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman.

“Mengikut kajian, stevia yang ditanam di negara ini kurang berkualiti kerana cepat berbunga selain perlu dituai lebih awal. Di Malaysia juga, ia biasanya boleh membesar dengan ketinggian satu meter berbanding di negara empat musim yang ketinggiannya mencecah tiga meter. “Justeru, jika ada mana-mana syarikat yang ada niat mahu mengusahakannya secara komersial untuk menjadi bahan penggantian gula, saya suka nasihatkan supaya melupakan saja hasrat itu,” katanya.

Mansor berkata, lebih baik jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba atau makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

“Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat membangunkan tanaman ini dalam industri herba dan makanan tambahan. Malah, bersedia memberi khidmat nasihat, bantuan serta tunjuk ajar di samping terus menjalankan kajian untuk memperbaiki kualiti serta hasil penuaian stevia di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian pula berkata, ada beberapa bahan lain yang dikaji untuk menggantikan gula, namun semuanya didapati tidak sesuai untuk dikomersialkan kerana kos pengeluarannya besar selain masalah mendapatkan bahan mentah.

Antara tumbuhan itu ialah ‘Thamaucoccus’, pokok hutan seperti Kacip Fatimah tetapi ia sukar diusahakan kerana pokok ini amat sedikit mengeluarkan buahnya yang mengandungi bahan pemanis.

Selain itu, madu juga sukar diusahakan secara besar-besaran kerana Malaysia tidak mempunyai kawasan penanaman buah-buahan yang besar seperti di Australia dan Amerika Syarikat untuk membolehkan lebah menyedut nektar daripada bunga pokok buahan berkenaan.

Bagaimanapun, tegas Dr Tan, hanya empat daripada 100 jenis stevia saja yang sesuai dengan cuaca dan persekitaran di negara ini.

Beliau berkata, stevia boleh ditanam dan diusahakan di negara ini tetapi ada beberapa masalah yang perlu diambil risiko pengusahanya kerana tanaman berkenaan boleh mengeluarkan hasil yang baik jika lama terdedah kepada matahari.

“Di negara ini, waktu siang hanya 12 jam, bermakna daun yang dihasilkan kurang terdedah kepada matahari. Namun, Malaysia boleh menuai sebanyak sembilan kali hasil kerana kita panas sepanjang tahun.

“Berbanding negara empat musim, waktu panasnya kira-kira 16 jam dan tuai boleh dibuat sebanyak dua kali dalam tempoh musim panas kira-kira tiga bulan setengah. Oleh kerana kadar kepanasan dan pendedahan terhadap matahari tinggi, maka hasil stevia lebih berkualiti kerana kandungan steviosid dan rebaudiosid A tumbuhan itu lebih tinggi.

“Di negara ini, kita boleh melakukan sistem pemanasan menggunakan lampu seperti dilakukan untuk tumbuhan seperti kekwa atau Chrysanthemum, namun ini tidak dapat dilakukan untuk stevia kerana harganya terlalu rendah, sedangkan penggunaan lampu memerlukan kos yang lebih tinggi,” katanya.
 
Antara ciri-ciri STEVIA ialah :
1. Pemanis semulajadi
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3. Melawaskan kencing
4. Menurunkan tekanan darah
5. Membunuh bakteria
6. Membunuh kulat
7. Membunuh virus
8. Mengurangkan keradangan
9. Membantu menurunkan berat badan
 
artikel dipetik dari http://www.pemanisbaru.com/Pengenalan%20Stevia.html
 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About