Ads 468x60px

Labels

Saturday, March 27, 2010

Muscovy bertelur lagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
pos sebelum ini saya ada uploadkan gambar telur itik muscovy tu. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, sempat saya masuk ke dalam reban itik tersebut untuk mengambil gambar telur itu tu. Alhamdulillah, telurnya makin bertambah dr semasa ke semasa. haritu 4 biji, sekarang dah 6 biji. Mungkin saya kurang berjaya dalam penternakan ayam mutiara dan ayam piru. tak bertelur2 sampai sekarang. Alhamdulillah, itik ni bertelur pun saya dh bersyukur banyak-banyak.


bagi rakan2 yang berminat untuk membeli tangki CISS, boleh rujuk pada pos sebelum ini. ataupun klik "CISS" di bahagian kanan web ini.

Tuesday, March 23, 2010

Tangki CISS untuk semua jenis Printer

Assalammualaikum dan salam sejahtera, saya juga ingin menjual tangki CISS melalui pos ke utara kerana di utara tangki ini masih lagi mahal dan sangat tidak berpatutan. Di bawah saya senaraikan harga2 tangki tersebut termasuklah kos penghantaran ke seluruh Malaysia.



Model Brother LC37/LC57/LC38
jenis pendek - RM 70
Jenis Panjang - RM 80

Model Epson
T10/TX100/C79/C90/CX5500 - RM 90
6 color model R290 - RM 120

CISS
HP - RM 80
Canon - RM82
Canon ( ciss tinggi ) - RM 90

sms saya utk maklumat lanjut
013 2996820 ( Mohd Ammar )

* harga bergantung kepada harga semasa, sekiranya harga telah murah. saya akan memaklumkan kepada pelanggan yang membuat tempahan.
untuk senarai produk/gaget2 barangan dari Plaza Lowyatt Kuala Lumpur, anda boleh merujuk senarai harga dari laman web dibawah ini. Anda boleh membuat tempahan kepada saya. Bayaran komisyen bagi setiap barang yang ditempah ialah RM10. Kos penghantaran ditanggung oleh pembeli dan caj yang dikenakan oleh Pos Laju/ syarikat penghantaran yang lain.

Thursday, March 18, 2010

Sedikit pengubahsuaian incubator

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
hari ni saya nk post sedikit gambar2 pengubahsuaian incubator yang telah saya buat hujung taun lepas. tak test lg keberkesanan pengubahsuaian incubator tersebut, kerana perlu kembali pulang ke Kuala Lumpur dan kembali sibuk dengan praktikum dan kajian tindakan. Moga2 tahun ni berjaya membawa pulang segulung ijazah perguruan setelah 5thn bertapa di Kuala Lumpur.hehehe

lampu-lampu yang berada di tepi storage diubah ke bahagian atas, dan kipas dikurangkan 1 ( nk kurangkan penggunaan kipas dan nk test guna air pump yg aquarium punya )

(gambar ats- lubang udara ada bwah kipas.1 lubang je, 2 lubang lagi lubang skru dr lampu2 yg ada kt dinding storage yg telah ditanggalkan. rujuk gambar atas, lubang kt bahagian bawah sebelah kanan )



tray ni komfem buang sebab tak berguna sangat pun. telur nk letak atas paper@ beli raga kecik ( RM1.50 ) utk letak telur.

ni kipas yang ditanggalkan. kipas murah je, ambik blkg power supply pc yang dh rosak. untuk penjimatan, mintak je kt kdai2 pc. dorang buang je benda2 ni.

Wednesday, March 17, 2010

Tolong tengok-tengokan jantina ayam ni boleh?

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
saya sampai hari ni, masih belum faham nk tengok jantina ayam mutiara ni.hehehe..biasalah, kat maktab xblajar benda2 ni. smua cari kt internet je. gudang segala ilmu.hehehe..
mohon bantuan rakan2, tolong tengok2 jantina ayam saya.
terima kasih




Kisah Itik Nila/muscovy/serati?

Assalmmualaikum, post kali ini xda kaitan langsung pun dengan tajuk kt atas. tak tau nk letak tajuk pe, jd letak jelah tajuk tu.hehehe.. 2 hari yang lepas, 2 ekor anak itik serati mati bergelimpangan kt semak belakang rumah. taktaula kenapa boleh jadi macam tu. mungkin ular?tp temolok ( kantung makanan ) dia kosong je, tapi takkan mati bergelimpangan di tempat yang dekat2? kesimpulan awal yg saya buat, itik ni mati sebab kena patuk ular.hehehe..
sebentar tadi, Ayam Mutiara yg usia hampir 1 thn pon mati juga. sangat kecewa. klau sembelih awal2 kan bagus. dapat juga mkn ayam tu. kt bawah ni, saya kongsikan koleksi2 ayam dan itik yang saya ada. untuk jantina ayam mutiara, saya masih lagi perlukan bantuan sesiapa sahaja untuk melihat jantina ayam tersebut. post berikutnya saya akan kongsikan video ayam mutiara tersebut.


Gambar kt bawah ni telur itik nila (saiz mcm telur itik biasa, warna mcm telur ayam ), ada 4 biji ( baru 4 hari bertelur). 1 ekor itik nila lg, masih menjaga anak walaupun anaknya dikurung berasingan. ( sapa nk tempah anak itik nila ni hubungi saya -013 2996820, slalunya telur dia 10 biji je )

ni pulak itik nila jantan ( saiz mmg besar ke?hmpir menyamai saiz ayam piru betina). itik ni kena kurung berasingan. sbb sangkar itik betina tak muat utk dia. nak beli itik ni? masih belum berhajar untuk dijual.hehehe



3 keping gambar kt bawah ni gambar itk nila betina yang kembali bertelur ( rujuk gambar kt ats sekali). saiz besar sikit je dr itik kampung.
ni jela baki anak itik yang tinggal ( 8 ekor itik nila, 2 ekor itik kampung) dulu 15 ekor. kesian2. agak kotor, baru pas mandi dengan air longkang.hehehe... itik ni sangat suka main dekat cangkul klau orang korek lubang. anak2 itik ni tak dijual. batch 1st itik nila kt rumah ni. jantina xpasti sebab tak pandai tgk jantina itik ni. separuh akan dihantar ke rumah tokwan untuk dibela di sana. yg memang sah jantan, akan disembelih buat gulai satu hari nanti. takpun, akan ada sale kt web ni nanti. tunggu jela 3 bln lg ke.hehehe..

yang paling besar ( warna itam ) itik kampung. hasil incubator cubaan pertama. 100% telur itik menetas ( ada 3 biji je yg test, sbb tu 100% ) sangat tidak berbaloi kerana hanya tetaskan 3 biji telur itik, 5 biji telur puyuh. tp bil naik gila2.myb sebab suhu dlm incubator naik cepat ( lampu 25watt x 4 ) jadi, lampu akan menyala sekejap, dan terpadam. semua kejap2 je. mungkin tu yg menyebabkan bil naik?


ni ibu itik nila yang setia menjaga anaknya walaupun anak itik tu dlm kurungan. nth le bila akan bertelur,harap2 pas cuti sekolah ni. dpt buat duit.hehehe

sebelum terlupa, saya juga ada menjual susu Alphalipid dan susu Slim Diet 2 ( pasti berat bdn turun 3kg dlm msa seminggu, berminat?hubungi saya)

Thursday, March 4, 2010

Anak Itik Muscovy ( itik nila )

Assalammualaikum, saya ingin berkongsikan gambar2 anak itik nila saya. asalnya ada 12 ekor. tp dh mati 3 ekor rasanya, angkara budak2 nakal, dorg buka sangkar, tgkp anak itik dan masukkan dlm bekas air, kononnya nk tengok itik berenang.

yang kt bawah ni gambar muscovy masa baru menetas. paruh pon masih pink lg. difahamkan juga anak2 muscovy dijual pada harga RM5 sekor. hampir menyamai anak ayam piru. anak2 itik ni belum ingin dijual. baru nk buat baka. myb akan antr ke kg tok beberapa ekor untuk "dibesarkan" di sana.hehehe..


Gambar kat bawah pulak, gambar itik ni waktu malam. anak2 itik dikutip dan dikurung dlm rumah. takut tikus ambik dalam sangkar plak. Tp kalau ada org sudi tukar anak ayam mutiara dgn anak itik ni, pe salahnya.hehehe.. yg warna hitam tu anak itik kampung. hasil incubator buatan sendiri yang bil letriknya mencanak naik. nth ler kt mana slah settingnya.hehehe

Gambar kt bwh ni pula, gmbr ibu itik tu, bg bawak anak waktu siang je, mlm anak dikutip. dua2 ekor itik ni ibu. dibeli pada harga RM15 sepasang ( untuk diselamatkan dari disembelih).hehehe. itik jantan ada belakang rumah, itik tu hanya berminat dengan ayam betina sahaja. sungguh pelik.


 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About