Ads 468x60px

Labels

Monday, January 31, 2011

Friday, January 28, 2011

Harga Runtuh!!

Assalammualaikum,
saya berjaya ditempatkan di Negeri Sembilan dan bakal memulakan tugas sebagai seorang guru pada 7hb Feb ini.


Sempena dengan pertukaran cawangan operasi saya ke Negeri Sembilan, beberapa barangan ingin saya jual dengan harga kaw-kaw. Jika berminat untuk membeli barangan yang saya jual ini, sila buat pembayaran deposit melalui Maybank2u terlebih dahulu. Tarikh akhir jualan ialah sehingga 5 Febuari sahaja.


Inkubator kapasiti 45biji telur ayam kampung
RM 200, RM 170 sahaja!!
spesifikasi :-
Guna lampu 5 watt 4 biji
Ada tray telur
Guna kipas jenis AC


Inkubator Kapasiti 45biji telur (dengan menggunakan Pump Aquarium)
Harga : RM 160, RM 140 sahaja
spesifikasi sama seperti di atas, cuma tiada kipas jenis AC sahaja ( kipas berharga RM35)



Termometer Digital +Humidity
RM65, RM 60 sahaja





Termostat+wiring
RM60,  RM 55 sahaja


Upgrade Inkubator
(tambah tray/lampu)
Tray : RM 10, RM 8 sahaja
Lampu : RM 1/ biji
Soket Lampu ( jenis putih ) : RM 2, RM1.80/unit

Inkubator Ready Stok untuk dijual dengan segera

Assalammualaikum,
saya ingin menjual inkubator yang belum digunakan dan telah diupgrade tray telur.
Saya juga mungkin akan stop penjualan inkubator kerana kemungkinan besar akan mula posting sebagai guru GSTT pada 7 feb ini.



Thursday, January 27, 2011

Jualan Akhir Sebelum Posting 7hb

Assalammualikum,
saya mendapat khabar akan dipostingkan pada 7hb ini. Jadi, bagi yang berminat nak beli inkubator dari saya, silalah hubungi saya secepat mungkin untuk memudahkan saya menyiapkan inkubator yang ditempah. ini kerana, sekiranya lambat ditempah,saya tidak dapat menyiapkan inkubator yang anda inginkan.

Prototaip Inkubator

Assalammualaikum,
propotaip?ye ke prototaip?hehe..takpe, tengok je design ni dulu. khas untuk pelanggan saya yang membeli termostat dan mengalami masalah untuk susun kedudukan inkubator. Juga khas untuk pembaca yang sedang membaca blog ini. Terima kasih saya ucapkan

juga dilampirkan bersama jadual tempoh pengeraman telur yang saya terjumpa baru-baru ini, moga2 dapat membantu pembaca sekalian

Mencari Itik Nila Hitam+Putih

Assalammualaikum,
beberapa hari yang lepas, saya telah singgah ke pet shop sri nibong di seberang prai. Di sana ada dijual itik nila jantan dewasa. harga sangat berpatutan iaitu RM50 ( sangat berpatutan ke?). Bulu itik jenis ni berkilat, cantik, geram tengok.hehe.. cuba layan gambar kt bawah ni dulu


Cantik kan??

kesimpulannya,
sesiapa yang ada baka itik ni yang ingin dijual, sama ada anak, remaja atau dewasa, silalah menghubungi saya, jika berminat nk tukar dengan itik nila baka putih saya pon boleh.


P/S : Sudah beberapa kali saya dihubungi oleh orang yang berkehendakan telur itik nila untuk dibuat ubat. Ubat apa guna telur tu?sapa tau??

Garisan Vertikel Pada Ikan Laga/Betta Fish

Assalammualaikum,
Bagi yang meminati ikan laga, mungkin anda akan tertanya-tanya bagaimana rupa garisan vertikel ( menegak ) pada ikan laga yang menandakan ikan tersebut sudah bersedia untuk bertelur. Tujuan saya berkongsikan maklumat ini adalah untuk mengelakkan kejadian yang sama yang terjadi pada saya, tidak akan terjadi pada pembaca sekalian. Sila rujuk post yang lalu. Atau klik sahaja di sini.

Beginilah rupa garisan vertikel tu,

Kalau dh nampak ikan dh jadi macam ni, cepat2lah masukkan ke dalam tempat ikan jantan.hehe..

satu lagi petua yang dikongsikan oleh penternak ikan laga,
1.kalau nak pasangkan ikan laga jantan dan betina, carilah yang beriman..ehh.. carilah yang sama warna. Baru ikan tu "geram" sikit.hehe..
2. Cari yang perut buncit, dan biji kt bawah ikan tu tersembul keluar.

Kalau ikan laga bertelur sebelum mengawan, teruskan bagi ikan tu makan seperti biasa. rawat apa2 yang patut. dalam 2-3 hari, ikan tu dh boleh mengawan balik. Bak kata otai dr persatuan ikan laga, bagi makan kaw-kaw punya.hehe..

Iklan :-

Wednesday, January 26, 2011

Tray Telur

Assalammualaikum,
beginilah rupa bingkai kayu yang perlu digunakan untuk membuat tray telur.
walaupun sedikit hodoh, tetapi sangat berguna kepada pengguna inkubator.


Kenapa saya cakap sangat berguna?
bila kita menggunakan bingkai ini, kita juga telah kembali ke inkubator model yang asal ( model kayu ),
saya juga menggunakan konsep model kayu yang saya rasakan lebih praktikal kerana bekas air berada di bawah.
Tetapi, saya juga tidak menidakkan keupayaan inkubator plastik. Ini kerana, inkubator plastik lebih mudah dicuci.
Ini berdasarkan pengalaman saya mencuci inkubator yang telah kotor akibat dibom oleh telur buruk. busuk pulak tu.
selamatlah guna inkubator plastik.hehe

Selain itu,
ruangan di dalam inkubator juga menjadi luas. Kalau sebelum ini boleh memuatkan 45 biji telur, tetapi sekarang boleh memuatkan
50 biji telur. ini kerana, tiada lagi bekas air yang akan mengakibatkan telur terhalang dari terkena suhu.

gambar yang sudah siap akan dipload kemudian

Ekperimen GAGAL

Assalammualaikum,
esperimen yang saya maksudkan bukanlah experimen inkubator. Experimen inkubator sedang berjalan dengan lancar hasil R&D yang dibuat.hehe..

Esperimen ikan laga yang saya maksudkan dalam post kali ini. Semalam saya telah gatal tangan mencedok kembali ikan laga betina dan memasukkannya kedalam cawan. Akibatnya, pagi tadi ikan tersebut telah bertelur tanya disenyawakan oleh ikan jantan. Menyesal tak sudah-sudah saya.hehe..tapi terpaksa redha, nak buat macam mana. Gatal tangan lagi.hehe..

Tengok, benda putih yang terapung
Telur ikan laga (warna putih) tidak disenyawakan

Klik gambar untuk zoom

Kenapa saya terdetik membuat blog...

Kenapa saya terdetik untuk membuat blog??
Kisahnya begini,
Saya ada 3 ekor itik Nila,1 ekor jantan dan 2 ekor betina,
Setelah dikawinkan, Itik saya mula bertelur dan berjaya menetaskan 10 biji telur.
Kemudian saya berfikir,
Sekiranya saya ada blog,
Dan blog saya akan berkahwin dengan blog orang lain,
Adakah blog saya juga akan mendatangkan hasil?
Itulah persoalan bagi soalan yang dikemukakan ( Anda Pening Bukan? Itulah Matlamat Saya.hehe..)



Cuba Klik 

Menge"tag" rakan-rakan yang lain.

Blogwalking List 2011 bersama AbgferOz

Mata pon dh berat, jadi buatlah blogwalking sekejap.hehe..

AbgFeroZ



Tuesday, January 25, 2011

Produk Baru untuk dijual


Termometer yang dilengkapi dengan Humidity
Julat suhu dari -40c ke 70c
humiditi dari 20%-90%
Ada Kalendar
Ada Jam

Harga : RM 65 ( tidak termasuk pos )
Kalau beli dengan inkubator, Harga RM60 sahaja

Gambar Memperjelaskan Segalanya

Assalammualikum,
saya dh tak tau nk letak tajuk apa, jd guna sajalah tajuk di atas.hehe.. Post hari ini banyak gambar dengan diskripsi sahaja. Untuk santai-santai diwaktu petang.hehe..

Termostat Yang Dihantar Ke Semenanjung Malaysia


Sabah/ Sarawak Pos tambah RM10


Ikan Laga Yang dibeli pada harga RM5
Ikan betina dalam bekas cawan

Ayam Yang Terselamat Dari Serangan Hawar

Terselamat kerana Mengeram Telur Jauh Dari Reban
Kepala sudah teleng.hehe

Itik Nila yang tinggal 3 ekor sahaja. Yang lain sudah dijual
Bapak itik paling tua. Kawanan yang lain sudah disembelih



Reban Kosong selepas serangan Hawar/sampar

Baka Kacuk. kt tengkuk kembang macam singa

Arnab Oren baka kacuk, tak pasti jantina. Suka panjat arnab betina kt belakang tu, bila cek. tak ada kemaluan jantan pon. mungkinkah dikasi??

Arnab betina bunting. Beli RM25

Arnab jantan diskaun. RM20

Reban banyak kosong. Hanya tinggal puyuh dan itik sahaja

Bapak itik. Takleh dekat, komfem bergaduh

Comot!!. Sama Batch dengan yang Keli oh Keli beli

Memboloskan diri dari reban

G.Pig yang masih single. Bini takde







Monday, January 24, 2011

Sedang Cuba Beberapa Perkara














Assalammualaikum dan salam sejahtera
Minggu ini boleh dikatakan minggu-minggu yang agak padat bagi saya. Padat untuk memerah keringat dan padat juga untuk menggunakan otak. Guna otak lebih meletihkan dari memerah keringat untuk menyiapkan reban arnab.hehe..

Alhamdulillah,
Reban arnab sudah siap, cuma tinggal try najis sahaja yang belum dibuat. bumbung kira tutup dengan tikar getah pon sudah memadai kot. maklumlah, setinggan.hehe..

Burung budgie yang telah turunkan anak 2-3 bulan yang lepas telah mula bertelur setelah anak-anak burung tersebut keluar dari sarang. 2-3 hari lepas juga, kedengaran bunyi anak burung, kemungkinan ibu yang sama telah berjaya menetaskan telur. Alhamdulillah, kali ini telur lebih cepat menjadi. mungkin disebabkan saya dh tutup semua lorong untuk tikus masuk dalam sangkar. sekarang tikus mula membuat terowong-terowong rahsia di dalam reban itik pula. susah-susah..

Juga mendapat perkhabaran yang agak mendukacitakan kepada pembuat inkubator. Anak ayam tidak berjaya menebuk lubang untuk keluar dari telur. ada yang mati dalam telur. setelah disoal siasat, rupa-rupanya pengguna telah salah menukar mentor 5 watt kepada 40watt tanpa setting suhu selepas itu. berbelas biji telur ayam piru rosak.

juga dikatakan telur ayam serama tidak menjadi. Jadi, saya sedang cuba mengeram telur ayam serama dengan menggunakan suhu 38.3 darjah celcius. moga-moga berjaya

Juga mendapat perkhabaran yang mendukacitakan, angsa yang dieram pelanggan tidak berjaya menetas. Mungkin salah suhu, atau humidity yang sangat kurang. saya kurang arif pasal angsa.

semua pengalaman tu saya jadikan pengajaran bagi diri saya. Manusia belajar dari kegagalan. itulah yang dinamakan pelajaran yang sebenarnya bagi saya.

saya juga sedang membiakkan ikan laga jenis crown tail seperti yang telah saya khabarkan sebelum ini. bila berkesempatan, saya akan uploadkan gambar. Maklumlah, musim2 sesak ni, bajet pon tak ada nk repair henfon rosak.hehe

Saturday, January 22, 2011

Kemudahan Pengiklanan Percuma di Malaysia

Assalammualaikum,
kita sudah sedia maklum dengan Mudah.my, memang sangat memudahkan pengguna untuk jual beli barang. Difahamkan mudah.my tersebut bukannya ciptaan rakyat Malaysia, tetapi jiran kita, Singapura. Saya akui, mudah.my memang sangat memudahkan pengguna untuk beriklan.

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan pembaca dan saya mengharapkan pembaca juga mewar-warkan laman yang saya perkenalkan hari ini. 100% percuma, anda tidak perlu membayar untuk beriklan. Lagi mudah dari mudah.my dan tidak perlu tunggu pengesahan email jika anda telah menghantar iklan di laman tersebut.

1.OLX
boleh mengiklan ikut negeri dan daerah. sangat memudahkan.hehe..

juga boleh mengiklankan barangan mengikut negeri dan daerah. selepas iklankan barang, email pengesahan akan dihantar ke email pengguna, sekiranya pengguna ingin menambah gambar, atau mengubah suai iklan, klik sahaja email tersebut tanpa perlu delete iklan yang sedia ada. mudah bukan??


Iklan dalam laman ini lebih kepada industri penternakan dan pertanian. Juga mudah untuk mengiklankan barangan, cuma sehingga kini saya masih belum tahu bagaimana untuk memasukkan gambar di dalam iklan tersebut.

Kesimpulan :-
Kejayaan pengiklanan pada pendapat saya ialah bergantung kepada cara bagaimana sesuatu produk tersebut diiklankan. Saya pernah mengiklankan barangan dengan cara menyelit iklan di dalam surat khabar. Hasilnya, sangat mendukacitakan. Ini kerana, iklan tersebut tidak sampai kepada target yang kita mahukan.

Begitu juga dengan pengiklanan internet, sekiranya laman-laman yang kita iklankan barangan tidak diketahui oleh orang ramai, ini akan mengakibatkan produk kita juga akan turut sama terjejas. Kita tidak rugi kerana tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja dalam pengiklanan dalam talian ( online ) tetapi sedikit kecewa kerana maklumat yang ingin kita sampaikan, tidak sampai kepada pengguna.

Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan pembaca blog ini supaya bersama-sama mempromosikan laman-laman iklan di atas. Untuk apa? untuk kejayaan kita bersama.hehe

sekian

Friday, January 21, 2011

Memanggil pulang Inkubator Model JN2

Assalammualaikum,
Bagi pengguna yang telah membeli inkubator Model JN 2 ( gambar dibawah ) silalah kembali menghubungi saya untuk ditukarkan dengan model yang terbaharu. Ini kerana, inkubator yang telah saudara beli dikhuatiri tidak dapat mencapai suhu yang saudara kehendaki. Hal ini akan mengakibatkan telur-telur ayam/itik yang dieram akan menjadi lambat menetas ataupun mati sebelum menetas ( pada anggapan saya ). Pada hakikatnya, inkubator tersebut dapat berfungsi dengan lebih baik sekiranya dibuat sedikit pengubahsuaian.

Oleh hal yang demikian, saya meminta jasa baik pelanggan-pelanggan yang telah membeli inkubator tersebut  (pada harga RM170 ke atas )agar memulangkan kembali inkubator lama saudara untuk ditukarkan dengan inkubator yang baharu. Bagi pelanggan yang membeli inkubator pada harga RM150 ke bawah, cuma perlu hantar inkubator lama sahaja untuk diperbaiki ataupun saudara boleh membuat penambahan RM20 untuk mendapatkan "badan" inkubator baharu yang lebih rendah dan kompak. Badan inkubator lama boleh disimpan sekiranya saudara ingin membuat "brooder" untuk anak ayam yang baru menetas.

Saya memohon maaf atas kesulitan yang berlaku apabila saudara menggunakan inkubator keluaran saya. Masalah yang berlaku pada inkubator model tersebut, tidak berlaku pada model-model yang lain. cuma "tetapan/setting" sahaja yang sedikit berlaku kesulitan. Hal ini disebabkan oleh termometer analog yang digunakan mengalami ralat yang sangat ketara.

Oleh itu, saya mengesyorkan agar pelanggan/pembaca blog ini yang menggunakan termometer analog agar menukarkan termometer mereka kepada termometer digital. Paling murah yang saya tahu ialah RM18, dan paling mahal RM 80 kalau tak salah saya. Bagi yang tidak mampu menggunakan termometer digital, saranan saya ialah agar saudara menggunakan 2-3 termometer untuk membuat pembandingan. Ini kerana, suhu di permukaan dan suhu di dinding inkubator tidak sama. Sekirnya perbezaan yang ketara berlaku, kemungkinan telur yang dieram akan rosak.

Berdasarkan gambar di bawah, inkubator yang berwarna biru, perlu dihantar kembali kepada saya.

sekiranya saudara ingin mengubah suai sendiri inkubator ini, sila hubungi saya. cadangan saya agar saudara membuat bekas telur seperti ini ( gambar dibawah ) dan diletakkan searas dengan cermin inkubator. tapi lebih baik saudara menghantar inkubator ini kepada saya untuk membuat pengubahsuaian dan menggantikan dengan model yang baharu.


model yang saya akan gantikan
kelebihan inkubator ini :-
- Suhu cepat panas ( mudah untuk mencapai suhu sehingga 39 darjah celcius )
- Lampu cepat padam
- Berjaya mematikan 2 ekor anak itik nila kerana saya lupa turunkan suhu.hehe.. ( atas kesilapan sendiri )

Berita Baik kepada bakal pembeli
- Waranti inkubator yang saya berikan adalah 6 bulan untuk badan.
- Waranti termostat 3 bulan sekiranya rosak. Kalau rosak sebab saudara gatal tangan tukar wiring, saya tidak bertanggungjawab.

Buah Nona Versi 2

Assalammualaikum,
kenapa saya guna versi 2?hehe..
saja je. tujuannya ialah untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang buah nona.

Dari Wikipedia

Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani. Buah tersebut mempunyai kulit yang berbonggol dan mempunyai banyak biji.
Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya merupakan pokok renak 6-8 meter tinggi. Daunnya berselang, ringkas, oblong-lanceolate, panjang 5-17 cm dan lebar 2-5 cm. Bunganya dihasilkan dalam kelompok 3-4, setiap bunga 1.5-3 cm, dengan enam kelopak, hijau-kuning dengan keungguan dipangkal.
Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 g. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah; perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat.
Secara tradisi, buah nona sering diperam di dalam kepuk beras sehingga masak.

gambar pokok dan buah nona
bagi yang berminat untuk mendapatkan benih buah nona, bolehlah menghubungi saya. 
 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About