Ads 468x60px

Labels

Thursday, January 20, 2011

Melawat Penternakan Ikan Laga

Assalammualaikum,
Sebentar tadi saya telah melawat satu tampak penternakkan ikan laga (betta fish) di Seberang Jaya, Penang. Malangnya telefon bimbit saya tidak berkamera, jadi tidak dapat menangkap seberapa banyak koleksi yang ada.  Ikan yang dijual semurah RM5 hingga ke RM35. Macam-macam jenis ikan laga yang ada. Ada crown tail, halfmoon, long tail (ada ke?) dan banyak lagi.

Saya hanya memilih untuk membeli jenis crown tail yang berharga RM5 dan ikan betina biasa juga berharga RM5. Biasalah, tak ada bajet, masih menggangur.hehe...

Sempat berbual dengan ayah kepada pemilik ikan laga tersebut. Bertanyakan sedikit tentang ikan laga. Kalau ada tokey, lagi bagus. Senang nak berbual.hehe..

Lokasi tempat pembiakkan ikan tu senang sahaja. Berhampiran dengan Carefoor Seberang Jaya dan selepas dari Masjid Kampung Pertama. Kiranya sebelum jumpa Shell di sana.

Untuk yang berminat untuk dapatkan ikan laga, bolehlah menghubungi saudara Matt ( 012 4649947).

(gambar ikan laga saya akan diupload kemudian)

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About