Bagi pengguna yang telah membeli inkubator Model JN 2 ( gambar dibawah ) silalah kembali menghubungi saya untuk ditukarkan dengan model yang terbaharu. Ini kerana, inkubator yang telah saudara beli dikhuatiri tidak dapat mencapai suhu yang saudara kehendaki. Hal ini akan mengakibatkan telur-telur ayam/itik yang dieram akan menjadi lambat menetas ataupun mati sebelum menetas ( pada anggapan saya ). Pada hakikatnya, inkubator tersebut dapat berfungsi dengan lebih baik sekiranya dibuat sedikit pengubahsuaian.
Oleh hal yang demikian, saya meminta jasa baik pelanggan-pelanggan yang telah membeli inkubator tersebut (pada harga RM170 ke atas )agar memulangkan kembali inkubator lama saudara untuk ditukarkan dengan inkubator yang baharu. Bagi pelanggan yang membeli inkubator pada harga RM150 ke bawah, cuma perlu hantar inkubator lama sahaja untuk diperbaiki ataupun saudara boleh membuat penambahan RM20 untuk mendapatkan "badan" inkubator baharu yang lebih rendah dan kompak. Badan inkubator lama boleh disimpan sekiranya saudara ingin membuat "brooder" untuk anak ayam yang baru menetas.
Saya memohon maaf atas kesulitan yang berlaku apabila saudara menggunakan inkubator keluaran saya. Masalah yang berlaku pada inkubator model tersebut, tidak berlaku pada model-model yang lain. cuma "tetapan/setting" sahaja yang sedikit berlaku kesulitan. Hal ini disebabkan oleh termometer analog yang digunakan mengalami ralat yang sangat ketara.
Oleh itu, saya mengesyorkan agar pelanggan/pembaca blog ini yang menggunakan termometer analog agar menukarkan termometer mereka kepada termometer digital. Paling murah yang saya tahu ialah RM18, dan paling mahal RM 80 kalau tak salah saya. Bagi yang tidak mampu menggunakan termometer digital, saranan saya ialah agar saudara menggunakan 2-3 termometer untuk membuat pembandingan. Ini kerana, suhu di permukaan dan suhu di dinding inkubator tidak sama. Sekirnya perbezaan yang ketara berlaku, kemungkinan telur yang dieram akan rosak.
Berdasarkan gambar di bawah, inkubator yang berwarna biru, perlu dihantar kembali kepada saya.
sekiranya saudara ingin mengubah suai sendiri inkubator ini, sila hubungi saya. cadangan saya agar saudara membuat bekas telur seperti ini ( gambar dibawah ) dan diletakkan searas dengan cermin inkubator. tapi lebih baik saudara menghantar inkubator ini kepada saya untuk membuat pengubahsuaian dan menggantikan dengan model yang baharu.
model yang saya akan gantikan
kelebihan inkubator ini :-
- Suhu cepat panas ( mudah untuk mencapai suhu sehingga 39 darjah celcius )
- Lampu cepat padam
- Berjaya mematikan 2 ekor anak itik nila kerana saya lupa turunkan suhu.hehe.. ( atas kesilapan sendiri )
Berita Baik kepada bakal pembeli
- Waranti inkubator yang saya berikan adalah 6 bulan untuk badan.
- Waranti termostat 3 bulan sekiranya rosak. Kalau rosak sebab saudara gatal tangan tukar wiring, saya tidak bertanggungjawab.
tunggu sampai ahad ni dulu...tgk camna telur angsa tu..hehe...
ReplyDeletesepatutnya azam pnya inkubator kena guna lampu 25watt 4 biji, baru suhu sampai kt permukaan. tkt tak sampai ja. susah sikit. dulu lampu saya letak kt dinding, skrg je baru ubah letak kt penutup sbb kalau kt dinding, masa pusing telur tu, tangan tersangkut kt lampu.hehe
ReplyDeletesaya pegemar ayam pheonix sumatra. adakah inkubator kamu pernah dicuba untuk mengeram telur jenis ajaib di dunia ini... sy tkut tak dapat harap tuan buat dulu...
ReplyDelete