Ads 468x60px

Labels

Friday, January 14, 2011

Mitos Makan Kambing & Penyakit Berbahaya

Mitos Makan Kambing & Penyakit Berbahaya
Promosi makan daging kambing yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar ( JPV) diadakan pada 26 Mei lalu bertujuan menepis segala mitos bahawa pemakanan daging kambing bukanlah penyebab penyakit berbahaya. Malah, kajian membuktikan amalan tambahan pemakanan daging kambing dalam menu makanan sebenarnya mengandungi kandungan kolesterol, kalori, dan lemak yang terendah berbanding sumber daging lain.

Justeru, persepsi orang ramai terhadap daging kambing perlu diubah kerana amalan pemakanan daging itu bukan penyebab utama penyakit berbahaya. Kementerian sentiasa mengambil berat perkara ini dan akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menjalankan kajian bersama bagi meyakinkan orang ramai bahawa pemakanan daging kambing tidak menjadi sebab utama penyakit darah tinggi. Sehubungan itu, sebuah pasukan petugas khas akan diwujudkan dalam masa terdekat bagi meningkatkan promosi makan daging kambing tempatan sekali gus mengikis stigma negatif mengenai pemakanan daging kambing.

Promosi seterusnya akan ditumpukan di tempat-tempat tumpuan pelancong khususnya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan utama pelancong Timur Tengah agar orang ramai tidak risau untuk memakan daging kambing yang menjadi makanan utama masyarakat Arab. Selain itu juga, JPV akan bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membuka lebih banyak gerai menjual daging kambing terutamanya di pasar tani seluruh negara.

Beberapa program bersepadu dan terancang akan terus dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak termasuk kementerian yang berkaitan, kerajaan negeri, persatuan industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mempertingkatkan lagi promosi daging kambing tempatan dengan harapan dapat mengurangkan kebergantungan ke atas daging kambing import dari luar negara.
Jom Beli ;)


2 comments:

  1. ya Amar ...dah lama kalangan masyarakat kita persepsi makan daging kambing darah naik la...darah tinggi la.....jom kita sama2 makan daging kambing tempatan...sihat..sedap...dan halal.

    ReplyDelete
  2. mitos ja tu.
    kkdg org barat yg keluarkan fakta kata dgg kambing xbagus.sedangkan bagus je. xda masalah kesihatan yang berkaitan.

    sedap makan lamb chop kg baru, KL.hehe

    ReplyDelete

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About