Khamis yang lalu saya telah ke Jab. Haiwan Daerah Kulim untuk mendapatkan ubat New Castle bagi meredakan penyakit sampar. Jabatan tersebut telah memaklumkan kepada saya bahawa seluruh Malaysia sedang diserang wabak tersebut, malangnya bagi rakyat Malaysia atau secara lebih khususnya penduduk kampung yang tidak menyedari kehadiran vaksin sampar. Kenapa orang-orang kampung tak tau? jawapannya senang sahaja, kerana vaksin tersebut tidak dijual di jabatan haiwan. vaksin-vaksin yang ada hanya untuk lembu, kambing dan lain-lain. Ayam?? maaf, tidak disediakan. Saya hanya dibekalkan dengan nopstress separuh paket yang harga RM5/6 kalau tak salah saya. Tak apalah, sebagai antibiotik dan ubat stress untuk arnab saya yang baru berpindah sangkar. hehe..
Klik "Read More" untuk bacaan lanjut
Dalam perjalanan pulang, saya singgah sebentar di kedai. Terserempak dengan taukeh ayam belanda/piru. Sebelum ini dia ada memberitahu mak dan ayah saya untuk menggunakan ubat cap kaki tiga sekiranya ayam diserang sampar. Ketika itu, seluruh ternakannya yang berada di Keladi Bawah( kampung saya Keladi atas, berhampiran taman-taman perumahan) telah diserang sampar. Juga dikhabarkan seluruh kampung tersebut telah diserang dengan penyakit ini. Kampung saya?lambat kena sampar. 2-3 minggu baru kampung saya telah diserang sampar/ hawar ( dalam dielek utara ).
Pak cik ini telah memaklumkan kepada saya untuk menggunakan ubat cap kaki tiga jenis serbuk dan dibancuh separuh paket dengan air biasa. Bancuhan itu dimasukkan ke dalam mulut ayam untuk lebih berkesan. gunakalah "syringe" @ picagari untuk memudahkan urusan.hehe..
ketika ayam2 dia mula menunduk, diapun mula memberi ubat ini. 3 hari selepas itu, ayam-ayamnya mula "panggung" kepala. maksudnya mengangkat kepala yang sentiasa tunduk ke tanah. selepas itu, dia pun mula mengambil langkah berjaga2 dengan menjual kesemua ayam tersebut. Alhamdulillah, kerugian dapat dikurangkan.hehe..
untuk mengetahui keberkesanan ubat ni, kita kena cubalah sendiri. tawakal pon penting juga. Saya merasakan ubat ini sesuai untuk ayam yang baru saja dijangkiti sampar, bukannya ayam yang berada di tahap kritikal.
dibawah ini juga saya sediakan gambar ubat cap kaki tiga dan gambar picagari untuk sesiapa yang tak berapa kenal picagari.hehe..maklumlah, bahasa Melayu kan.hehe
if kalau dah stat kene sampar jangan vaksin ayam awak..tu sama macam memmbunuh ayam awk tu..kurung smua ayam dalam reban or jangan biar bergaul ngan ayam org lain..
ReplyDeleteuntuk memastikan ayam awak masih bebas dari sampar..test injecy unutk sampel ayam..kalau tak mati baru leh inject sumer..
yang penting jaga kebersihan reban..sebab vaksin newcastle hanya untuk sampar..banyak lagi penyakit cam coryza yang leh bikin ayam jadi fatal..vaksi terhad..kalau leh tempah baik tempah dan simpan untuk kegunaan next time..saya pesan sebab bile dah kene rugi oo..
vaksin new castle yang saya beli ni bukan jenis suntik. jenis campur dgn air/ titiskan dalam mata shj.
ReplyDeletedh kurung dh. penyakit mula bila 2-3 ekor ayam g melawat rumah jiran yg kena sampar, bila aym ni sakit, baru pndai nk blk rumah, lps tu, sekor2 mati. 1 hari 5 ekor. ayam ada xsampai 50 ekor. yang tinggal skrg
lbh kurang 5 ekor ibu,
anak dh besar sikit 7 ekor
anak baru mnts dlm 10 ekor.
yg besar2 dh habis mati. jln terbaik, test vaksin new castle, keluarkan report sendiri.hehe
Salam, Try bagi ubat selsema kita http://ayam--siam.blogspot.com/
ReplyDelete