Assalammualikum,
Hari ini merupakan hari yang sangat padat. semua pasal arnab.hehe..
Alhamdulillah, dapat juga membeli arnab betina. Jauh tu cari. sampai ke Sg Petani. Arnab betina tak le dewasa sangat. umur dalam 4 bulan sahaja. Beli harga RM 35, campur duit minyak RM 20. Total smua RM55. mahal kan?hehe.. tu hanya untuk arnab kampung biasa. bezanya hanya dijaga dengan sangat rapi sahaja. Tak apalah, itulah yang dinamakan rezeki. Alhamdulillah, dapat juga beli arnab dewasa.hehe..
Balik dari Sg Petani, singgah di kedai pet shop yang tak macam rupa pet shop ( hanya ada ayam serama, burung terkukur dan arnab).hehe.. ternampak beberapa pasang arnab dewasa, tunggu tokey keluar, tak keluar2. ada anak tokey yang tidak berbaju dan berpakaian sedikit mencolok mata ( nampak lurah bontot) hehe..maaf ye, budak lelaki yang masih kecil, mungkin saya pada seusia dengannya pon begitu kot.hehe..
Dah masuk kereta, baru mak budak tu keluar. Saja-saja tanya pasal arnab tu :
berapa RM ni kak?
RM30 je, dh nak beranak dah tu..
dalam hati saya ( wahh...punya la penat cari smpai kt SP, rupanya dekat sini ada arnab, dh bunting dah )
apa lagi, terus sambar la. tapi dalam beg duit hanya ada RM20 lebih shj. tak sangka, mewah berbelanja, sampai tak ada duit.hehe..
Selamat bawak member, pinjam duit dia sikit, mintak diskaun, kak tu bagi RM25, Alhamdulillah..tu yang dinamakan rezeki. Rezeki dia dan rezeki saya. Redha jela, walaupun duit tak ada dalam dompet..
balik rumah, sambung bertukang reban arnab, simple shj saya buat. semua guna barangan terpakai. kaki guna kaki mesin jahit, reban guna kayu beli dari kawan. RM5 sahaja, ketuk2 sikit, dh siap reban.
tengah-tengah ketuk, saya menerima panggilan telefon dari Pulau Pinang. Seorang lelaki memperkenalkan diri dia sebagai Jan. Dia terbaca iklan saya di mudah.my , kebetulan dia sedang mencari orang untuk diberi arnab berserta sangkar sekali. Apa lagi, berat tapak tangan, nyiru saya tadahkan.hehe.. Alhamdulillah, rezeki untuk minggu ini.
Moga rezeki ini akan berterusan untuk hari-hari yang akan datang. moga bibir ini tidak lekang dari menyebut Alhamdulillah..
Friday, January 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah..bestnya amar...guinea pig tu dh dpatkah?
ReplyDeletekalau nk saya boleh tolong belikan n then pass kat abg amar....apapun saya gtaw amar harga dulu kalau nk...
belum la, susah betol nk cari g.pig. kalau azam ada pg pet shop, tolong survey2kan untuk saya. g.pig kt rumah asyik melalak je sbb takde pasangan. kesian saya tgk.hehe..
ReplyDeletehabit saya, mmg tak leh tgk binatang yang xada pasangan. kesian. sampai duit pon leh hbs la.hehe..
lg satu,
abg saya susah sikit dgn binatang yang keturunan tikus ni. dia geli. pegang sangkar pon xnak.hehe