Ads 468x60px

Labels

Monday, January 3, 2011

Inkubator model baharu untuk dijual

Assalammualaikum,
saya baru sahaja menerima sms dr rakan ternak yang membeli inkubator. katanya inkubator yang dibeli dari saya baru sahaja berjaya menetaskan telur puyuh ( walaupun sedikit lewat menetas ). Allhamdulillah, dan tahniah saya ucapkan.

di kesempatan ini juga ingin saya maklumkan bahawa saya baru sahaja kembali menjual inkubator plastik, tp dalam bentuk yang lain. harga semestinya sudah berlainan.hehe..
inkubator yang dijual tidak sama seperti inkubator ini
Harga = RM 200
Spesifikasi
  - boleh menampung kapasiti telur ayam kampung sebanyak 50 biji
  - jimat elektrik ( menggunakan 4 biji lampu 5watt, jika ingin tambah lagi pon boleh)
  - menggunakan kipas jenis AC untuk memberi suhu yang sekata ( bergantung kepada stok dan harga di kedai elektrik )
  - sedikit "selamat" kerana termostat berada di bahagian atas ( dapat mengelakkan diri dari terpegang )
  - termostat jenis Jaeger 110 d celcius ( bleh request jika ingin menggunakan termostat 40 d celcius )
  - kipas AC hanya berfungsi jika lampu menyala dan  "berehat" bila lampu terpadam

Percuma
  - bimbingan berterusan melalui sms/call/email/blog
  - buku manual
  - bekas air
  - termometer biasa

kelebihan lain
  - unik sedikit dari inkubator sebelum ini ( inkubator sebelum ini ada kelebihan juga ) akan saya terangkan post akan datang.

Harga RM 200 shj
Pos tambah RM 40 ( jika ada lebihan wang pos, akan saya pulangkan balik - saya bakal guru, tidak patut saya menipu pembeli )
Hubungi saya : Mohd Ammar ( 013 2996820 )

p/s 1 : Ramai pelanggan yang hubungi saya panggil saya abang, tak usahlah panggil saya abang. saya baru berumur 25tahun.hehe..


p/s 2 : kesalahan ejaan "biasa" dalam bahasa Melayu. Engkar ( salah ) - Ingkar ( betul ) dan Hajjah ( salah ) - Hajah ( betul ) [ kalau "Hajjah" betul, kenapa kita tak eja "Haji" sebagai "Hajji?"


p/s 3 : beza "baru" dan "baharu" serta situasi penggunaan - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=baharu&d=10

1 comment:

  1. macam mane cara nak order barang ni..saya ezan dpd jb 0177626769..

    ReplyDelete

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About