Ads 468x60px

Labels

Tuesday, December 24, 2013

Rawatan Hama/Mites Pada Burung/Kucing DLL

Assalammualaikum,
lama tak update blog. kebanyakkan post banyak dibuat di facebook jiwaniaga , jadi post di blog ini berkurangan. Bagi yang belum "like" pages kami, bolehlah berbuat demikian. Anda boleh bertanyakan soalan, yang mana kami boleh bantu, kami akan bantu.

Baiklah, post kali ini berkaitan dengan mites/hama/sekenit dan lain-lain


sejak beberapa minggu yang lalu, saya cuba mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah "hama" yang mengganggu kawanan burung budgie saya. banyak anak burung yang menetas mati setelah beberapa hari. ada juga yang terus meninggalkan sarang kerana hama terlalu banyak. tidak kurang jugak induk burung banyak mati. 

symptom-symptom hama pada burung 
1. Burung kerap menggaru-garu badan/bulu
2. Bulu berkurangan
3. Burung hilang selera makan

Symptom-symptom hama pada nestbox
 Genggam serbuk kayu dalam nest box, lepaskan. cek jari/tangan ada hama ke tidak. kalau ada, nestbox anda perlu dikuarantin/bakar terus.hehe

Cara merawat
1. Anda boleh ke veterinar kerajaan untuk mengambil ubat suntikan kurap. Veterinar akan beri kepada anda dalam syringe 5ml berserta jarum. Larutan tersebut dikenali sebagai "Ivermectin"
2. Titiskan beberapa titik ivermectin ke atas badan burung (kaedah 1)
3. Larutkan ivermectin dan sembur pada burung (kaedah 2)
4. Setelah dititik, hama akan bertempiaran lari ( pada burung saya, hama berkumpul dikaki burung setelah dititik)
5.Baki Ivermectin boleh dilarutkan ke dalam air dan disembur di kawasan hama di dalam reban. Baki tersebut (baki asal, bukan baki larutan) hendaklah disimpan di dalam peti sejuk.
6. Langkah 2/3 perlu diulang kembali pada hari ke-20 ( semburan pertama akan mematikan induk hama, semburan untuk hari ke-20 akan mematikan anak hama yang baru menetas.

Ivermectin juga boleh digunakan pada kucing, anjing dan seangkatan dengannya.

Ivermectin ni lebih dikenali sebagai ubat kurap. Ubat ini perlu disuntik di bawah lapisan kulit haiwan untuk menyembuhkan kurap.

1 suntikan di veterinar kerajaan RM5 sahaja.

Selamat mencuba

Kaedah lain
- Boleh juga gunakan listerine nisbah 1:10 (1 penutup listerine + 10 air biasa)



Perkongsian ilmu :
Ivermectin - Haslinda
Listerine - Izraq


 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About