Ads 468x60px

Labels

Monday, November 26, 2012

Harga Terbaharu Inkubator

Assalammualaikum,
Berikutan dengan kenaikan harga pos oleh pihak berkaitan, kami juga terpaksa menaikan harga inkubator kami. Harga inkubator pada hakikatnya masih sama cuma kami tidak lagi mampu menanggung kenaikan harga pos. Kenaikan harga barangan masih lagi mampu ditanggung oleh kami untuk sedikit masa lagi

Turut membantu

RM 190 ( pos Gdex)

RM 320 (pos Gdex)

Harga inkubator kami adalah seperti berikut
Model 1 - RM 190 
Model 2 - RM 320 ( Saiz besar sedikit dari model 1, ada termometer digital, kipas)

Setiap pembelian turut dibekalkan dengan "Buku Panduan" dan tray air. Perkhidmatan selepas jualan seperti nasihat dan panduan turut diberikan

Wednesday, October 10, 2012

LIKE JANGAN TAK LIKE


Assalammualaikum,
Setelah lama cuba create page dalam facebook akhirnya berjaya juga.maklum la bukannya pakar it pun create page ni.heheh,kepada rakan-rakan jiwaniaga boleh la like page ni nanti ye http://www.facebook.com/jiwaniagashop.

Saturday, September 29, 2012

Baik pulih gambar

Assalammualaikum,
beberapa bulan lepas saya menerima email daripada seorang pelanggan yang ingin saya membaiki gambar ibu dan bapanya. Pada hakikatnya tiada sebarang perjanjian yang kami buat untuk sebarang bayaran yang akan saya kenakan (sebab saya tak tau harga).hehe.. Disebabkan kelapangan pada hari ini. saya mengambil kesempatan untuk membaiki gambar ini. lama tak guna photoshop, skill pon dh berkurangan (hakikatnya tak ada skil pon)

gambar di bawah ini sebenarnya agak susah nk dibaiki sebab kerosakkannya sangat banyak. ada juga yg rosak pada bahagian muka (bahagian paling susah), tapi tak apalah, tak salah mencuba kan?

gambar asal

gambar yang direpair (masih direpair)

-klik untuk besarkan gambar-

Untuk customer ni, saya ingin caj RM25 sahaja 
Apa yang customer ni dapat
-softcopy gambar
-2 keping gambar 4r 
-pos express gambar tersebut


Monday, September 24, 2012

Produk Baharu Dari Kami

Assalammualaikum,
Selain daripada menjual inkubator, pihak kami juga turut menjual barang dan perkhidmatan yang lain. Antara barangan yang kami jual ialah, Alphalipid, Alphalipid SD2 dan SD 2

Kami juga turut menjual Al-Quran digital pada harga RM200.

bagi yang berminat, bolehlah menghubungi nombor yang tertera di bahagian kanan blog ini,

Sekian

Friday, July 13, 2012

Inkubator, Mungkin Naik Harga

Assalammualaikum,
Saya baru saja mengepos inkubator dengan menggunakan perkhidmatan GDEX. sayangnya, harga pos mula berubah. Inkubator yang dipos bukan sahaja diambil beratnya, malahan pula caj saiz juga turut diukur.

jadi, kami mungkin akan menaikkan harga inkubator (harga pos) sedikit masa lagi. sila hubungi kami untuk maklumat lanjut

Tuesday, April 10, 2012

Vaksin dan Cara Menggunakannya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Assalammualaikum,
sudah berbulan-bulan lamanya saya tak update blog ini,
post kali ini akan menceritakan perihal vaksin sampar. sebaik-baiknya setiap bulan kena bagilah vaksin ini. ada beberapa tahap dan jenis vaksin, dari lemah sampailah yang kuat..
Live Vaccine Set: 

for Breeder Stock- 
1. Sterile solution 2.Disposable syringe 
3.Disposable 25G needle 
4. Lasota+IB vaccine 
5.Gumboro vaccine
6.ND+IB vaccine

For Broiler-
1. Sterile solution 

2.Disposable syringe
3.Disposable 25G needle 

5.ND+IB vaccine


Cara menggunakan vaksin
Ayam umur 2 minggu
-5 liter air

Ayam umur 4-8 minggu
-10 liter air

Umur ayam lebih 8 minggu
-20 liter air

Kalau ayam tak banyak dan bercampur umur, guna air 5 liter sudah memadai.

GUNAKAN AIR TANPA KLORIN!!

Cara nk "cairkan" vaksin.
1. Buka penutup tin kat tengah vaksin
2. Cucuk picagari/syrige kt dalam botol vaksin
3. tunggu sehingga vaksin larut dlm air (goncang atau buat la apa2 yg patut)
4. campurkan vaksin yang telah larut dalam air mengikut sukatan yang telah dijelaskan sebentar tadi.

Cara nk bagi ayam minum vaksin
1. Waktu pagi, keluarkan sumber air dalam reban
2. Bagi semua dahaga
3. Waktu petang, baru bg vaksin. baru ayam minum vaksin tu

Sumber : Rakan penternak yang boleh dipercayai

sekian,

Monday, February 13, 2012

Pos ke Sabah, tambah RM110 sahaja

Assalammualaikum,
Minggu lepas, kami menerima tempahan dari pelanggan dari sabah. agak risau untuk pos ke sabah/sarawak walaupun kami pernah menghantar inkubator ke sana, bukan apa. kami sedikit risau tentang bayaran yang terpaksa dilunaskan oleh pelanggan. bukan murah kos penghantaran ke sana.

mujurlah ada rakan-rakan yang berpesan, "harga inkubator kt sana lagi mahal, kira harga yang hang jual dh kira murah, sebab tu ada pelanggan dari sana yang tak putus2 tambah order(pelanggan lama)" sejauh mana kebenarannya, kami tidak pasti.

yang kami pasti, bagi kos penghantaran inkubator yang berharga RM300, pelanggan perlu menambah RM110 lagi, jadi, jumlahnya RM410. ini untuk pasaran sabah/sarawak,

untuk semenanjung, harga kekal sama. kami belum bersedia untuk menaikkan harga barang, jika naik, ada "part2" tertentu yang bakal kami tambah untuk memuaskan hati pelanggan"

jom layan gambar ~




Sunday, February 12, 2012

ho ho ho balik kampung!!

Assalammualaikum,
Minggu lalu saya berpeluang untuk pulang ke kampung,mmm.. layan jela gambar.hehe..

yang sempat buat
-tangki air untuk arnab
-sangkar "pair" untuk budgie










Thursday, February 9, 2012

Inkubator yang dibaiki

Assalammualaikum,
beberapa minggu lepas saya telah mengambil inkubator dari pelanggan (rujuk pos sebelum ini), hari ini baru berkesempatan untuk memperbaiki inkubator tersebut.

Apa yang telah saya lakukan
1. tukar semua wiring (sebab wayar lama reput)
2. tukar lampur ( 5watt)
3. tetapan suhu ( sedang dilakukan untuk memastikan kerosakan sebenar inkubator, kemungkinan termostat rosak)

jom, layan gambar ~
Wayar reput digantikan dengan wayar lain

Proses mencabut dan memasang soket lampu

Siap!!!!

Test run untuk kali pertama (agak risau takut meletup)hehe..

Bahagian dalam inkubator

Baru on termometer, suhu ditermometer masih 30.5c

Sensor termometer, saja tampal pada plastik sebab sensor termostat tinggi sangat

Sedang diuji sehingga mendapat suhu yang tepat

Sekiranya lampu termometer tak padam-padam masa test ni, kemungkinan :-
-termostat rosak
-suhu memang tak sampai

penyelesaian
- turunkan sensor, letak atas telur
-tambah lampu, lampu sedia ada 6biji, mayb kena tambah lagi 4-5 biji?
-tukar termostat (sudah disediakan)



Wednesday, February 1, 2012

Repair Inkubator Pelanggan

Assalammualaikum,
selain mengambil upah membuat inkubator, kami juga menyediakan perkhidmatan baik pulih inkubator lama. pembelian inkubator juga ikut nasib sebenarnya, kadang-kadang kita dapat yang elok, kadang-kadang dapat yang rosak. kita tak dapat nak jangka kemampuan inkubator sebab barang elektrik, paham2 jela ye?

Inkubator yang kami jual, kami akan test beberapa kali sebelum hantar kepada pelanggan.

berikut merupakan gambar inkubator yang sedang saya baik pulih, tapi malangnya hampir semua wayar putus bahagian dalam. wayar nampak elok, tetapi bahagian dalam sudah menjadi serbuk.











Saturday, January 28, 2012

Gambar waktu CNY

jom layan gambar, tak banyak benda untuk ditaip.hehe

Puyuh putih RM15/sepasang

Arnab Mix

Muscovy/Nila betina

Nila Jantan

Itik remaja ni (jantan+betina) nk jual RM50 je sepasang, area Kulim, pos tidak disediakan.

Friday, January 27, 2012

CNY-Projek Sangkar Budgie

Assalammualaikum,
Cuti sekolah hanya seminggu dan saya hanya berkesempatan pulang ke rumah lebih kurang 3 hari sahaja, jadi sepanjang cuti ini, saya sedaya upaya untuk menyiapkan sangkar budgie. cuba untuk membiakkan kembali budgie kerana hanya ada 4 ekor sahaja di rumah sekarang, yang lain mati sekor2, tak taulah apa punca kematian burung-burung tu semua.

jom layan gambar~

Saiz sangkar bg setiap kotak dlm 50cm , nestbox 8x8x8"

Binatang ni suka menyibuk bila orang buat kerja

Tuan cuba beredar, dia pun mula nak ikut

pandangan sisi

kedudukan bila siap, lagi 50% sj lagi

Friday, January 6, 2012

Bukti Penerimaan Duit Online

Assalammualaikum,
sepanjang menjalankan perniagaan online (perniagaan kami lebih ke arah online), rasa-rasanya kami masih belum pernah dan cuba menipu pelanggan. Setiap pelanggan kami akan cuba menjaga dengan baik, adakalanya pelangan tidak berpuas hati dengan inkubator kami ( dlm 2-3 orang ) sebabnya telur yg dieram tidak menetas. setelah diberi penerangan, masalah bukan berpunca dari mesin, tetapi berpunca dari benih telur itu sendiri.

Punca-punca telur tidak menetas
-induk muda
-tiada benih jantan yang matang
-telur lebih dari seminggu

oleh itu, sekiranya ingin membeli mesin dari kami, silalah maklumkan kepada kami terlebih dahulu, apa telur ayam yang ingin dieramkan. InshaAllah kami sedia membantu.

berikut merupakan gambar bukti kami menerima bayaran dari pelanggan, sekiranya anda berurusan kami, sudi-sudilah menyimpan bukti pembayaran anda. kalau anda menggunakan mesin deposit, sila photostat slip tersebut kerana slip tersebut mudah hilang tulisannya ( sila beringat untuk sebarang transaksi yang anda ingin lakukan), tidak perlu takut jika berurusan dengan kami, kerana barangan anda dijamin siap dalam masa 1 minggu, yang lambatnya cumalah masalah dr pihak kurier.

Sekiranya anda ingin barang sampai lebih cepat, cuma tambah RM5 sahaja, jika mahu tiba dlm 2-3 hari, tiada bayaran kami letakkan.

Kami menggunakan perkhidmatan dari GDEX dan KTM. Sekiranya anda inginkan kami pos menggunakan pos laju, kos pos ditanggung oleh anda 100% kerana perkhidmatan pos laju agak mahal jika dibandingkan dengan syarikat kurier yang telah kami nyatakan di atas.


 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About