Ads 468x60px

Labels

Saturday, June 25, 2011

Mesin Mengeram Telur, Kini di Bahau, N9

Assalammualaikum,
Pihak JiwaNiaga ingin melebarkan sayap perniagaan inkubator kami di seluruh Malaysia. Bagi kawasan utara, operasi pusat kami berada di Kulim, Kedah dan segala urusan pengeposan inkubator di buat di Penang.

Untuk pengetahuan semua, mesin kami juga telah terjual sehingga ke Brunei. Kami juga sentiasa menerima tempahan dari Sabah dan Sarawak. Walaupun harga pengeposan ke sana lebih mahal, pihak kami sentiasa memberi pilihan kepada pelanggan di sana untuk mengurangkan kos pos inkubator.

Untuk urusan di Negeri Sembilan, anda boleh berurusan dengan saya ( Mohd Ammar, 013-2996820). Sekiranya anda mempunyai inkubator lama untuk diperbaiki, boleh juga dihantar kepada saya.

Untuk makluman semua, kos penghasilan inkubator di sini ( Bahau ), lebih mahal dari di Negeri Kedah. Sesetengah bahan tidak dapat diperoleh di sini, dan jika diperoleh, harganya meningkat 2x ganda. Antara bahan yang sukar diperoleh ialah termostat dan lampu jernih 5watt.

Berikut merupakan gambar inkubator yang dihasilkan :-








Saiz inkubator
Panjang - 17 inci
Tinggi - 10 inci
Lebar - 14 inci

Kapasiti telur = 40 biji lebih ( telur ayam kampung )
free = Buku manual, tray telur

hubungi : 0132996820 (ammar)

p/s : juga menyediakan perkhidmatan mengeram telur unggas.
Perbezaan harga inkubator RM300 dan Inkubator RM180

Jualan Secara Online (maybank)

Inkubator akan dibalut sebelum dipos

Wednesday, June 15, 2011

Siapkan tempahan dari pelanggan

Assalammualaikum,
sepanjang cuti yang lalu, saya hanya sempat repair 2 biji inkubator, sekarang ni sedang ditest kembali.

2 hari yang lepas juga, saya mendapat mesej dari pelanggan saya yang berada di terengganu. Katanya, beliau berpuas hati dengan inkubator yang dibeli dari saya. kadar penetasan 90%  ( dia test dalam 80biji telur puyuh). walaupun inkubator saya ( nampak buruk) tp ok la.hehe..

apa yang boleh saya simpulkan, inkubator semua sama je, kalau telur tak menetas tu, puncanya lebih kepada telur tu sendiri. antaranya

-telur lama ( saya pernah cuba mengeram,, mmg sia2)
- telur terkena air pada dinding inkubator ( telur rosak)
- ayam tak cukup zat ( telur xkuat)
- benih tak kuat ( ayam baru mula bertelur)

ayam pun, kalau kita biarkan dia mengeram sendiri, tak semua akan menetas. betul tak?



Monday, June 13, 2011

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalammualaikum,
cuti sekolah telahpon berakhir pada 12 Jun 2011 yang lalu. tak banyak cerita yang boleh dikongsikan. waktu cuti sekolah pon sibuk..sibuk.. dan sibuk..

apa yang sempat saya buat semasa cuti ( gambar tak sempat tangkap)
- pasang "nipple drinker" pada reban arnab. gambar lupa snap.
- buat bekas sabut kelapa untuk budgie ( budgie saya tak suka bekas playwood)
- kenduri kahwin abang saya
 dan yang paling menarik

-curi anak burung gembala kerbau (tiong) sejam sebelum pulang ke Negeri Sembilan.
 
burung ni telah bertelur di lubang pokok getah di belakang rumah, saya sudah pantau selama 2 minggu. bila tengok anak burung ni sudah pandai "menjenguk" kepala keluar sarang, saya pon mengambil kesempatan "menyeluk" tangan ke dalam lubang sarang burung. bila raba2, ada lebih kurang dalam 3 ekor anak burung ni.jadi, saya ambil 2 ekor, tinggalkan 1 ekor di dalam lubang tu. anak burung ni bulunya sudah penuh dan saya anggarkan dalam 2-3 minggu lg, burung ini akan mula terbang keluar dari sarang mereka. tujuan saya ambik burung ni sebab nk cuba ajar burung ni bercakap.hehe.. ( dulu masa kecil2 pernah bela, sangat pandai burung2 tu)hehe


 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About