Assalammualaikum,
cuti sekolah telahpon berakhir pada 12 Jun 2011 yang lalu. tak banyak cerita yang boleh dikongsikan. waktu cuti sekolah pon sibuk..sibuk.. dan sibuk..
apa yang sempat saya buat semasa cuti ( gambar tak sempat tangkap)
- pasang "nipple drinker" pada reban arnab. gambar lupa snap.
- buat bekas sabut kelapa untuk budgie ( budgie saya tak suka bekas playwood)
- kenduri kahwin abang saya
dan yang paling menarik
-curi anak burung gembala kerbau (tiong) sejam sebelum pulang ke Negeri Sembilan.
burung ni telah bertelur di lubang pokok getah di belakang rumah, saya sudah pantau selama 2 minggu. bila tengok anak burung ni sudah pandai "menjenguk" kepala keluar sarang, saya pon mengambil kesempatan "menyeluk" tangan ke dalam lubang sarang burung. bila raba2, ada lebih kurang dalam 3 ekor anak burung ni.jadi, saya ambil 2 ekor, tinggalkan 1 ekor di dalam lubang tu. anak burung ni bulunya sudah penuh dan saya anggarkan dalam 2-3 minggu lg, burung ini akan mula terbang keluar dari sarang mereka. tujuan saya ambik burung ni sebab nk cuba ajar burung ni bercakap.hehe.. ( dulu masa kecil2 pernah bela, sangat pandai burung2 tu)hehe
Monday, June 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment