Ads 468x60px

Labels

Friday, December 31, 2010

Punca telur tidak menetas

Assalammualaikum dan selamat tahun baharu.
hari ini saya nk kongsikan sedikit tentang satu artikel yang saya jumpa dari blog anggerik agro farm, satu artikel yang sangat menarik dan berinformasi untuk dikongsikan.

artikel ini 100% dari blog anggerik agro farm, tiada sebarang pengubahsuaian ;)


PUNCA-PUNCA TELOR TAK MENETAS ATAU JANIN AYAM MATI 
DI PERINGKAT  AKHIR  PENGERAMAN

                KEMUNGKINAN SEBAB-SEBABNYA

            1.         Setting yang tidak betul pada pada incubator disebabkan oleh 
                         kerosakan atau salah setting.

-                      Jika menggunakan incubator tersebut sebagai pengeram dan juga penetas, perubahan setting pada suhu dan kelembapan hendaklah dibuat pada 3 hari terakhir dari jangka tarikh menetas

              2.         Kelembapan

-                      Jika kelembapan terlalu tinggi pada peringkat pengeraman, anak ayam boleh lemas didalam ruang udara telor tersebut. Jika anak ayam itu hidup, ia akan kelihatan bengkak dan terlalu besar.
-                      Jika kelembapan terlalu rendah diperingkat pengeraman , anak ayam akan mati di kecut oleh membrane  yang mengering dan melekit, menjadikan anak ayam sukar untuk berpusing didalam cengkerang.

             3.         Suhu

-                     Jika perubahan suhu yang tinggi dari normal berlaku didalam peringkat pembesaran, anak ayam akan mati dalam masa yang singkat sahaja. Jika ada yang berjaya menetas, kemungkinan ia terselamat kerana ada kawasan sejuk didalam incubator tersebut.
-           Jika telur menetas terlalu awal, kemungkinan suhu incubator diperingkat pengeraman adalah tinggi dari 37.5C
-                      Jika telur lewat menetas, itu tanda suhu incubator pada  peringkat pengeraman adalah terlalu rendah atau telor tersebut pernah mengalami cuaca sejuk diperingkat pengeraman.


             4.         Memusing telor

-                     Jika telor masih dipusing pada peringkat 3 hari terakhir, kemungkinan mengakibatkan baki kuning telor berpintal yang menghalang penyerapan makanan dan berlaku kebuluran pada anak ayam tersebut. Penetasan juga menjadi lebih sukar jika kuning telor tidak diserap sepenuhnya.




  5.        Kelebihan Kalsium


-                     Jika Ibu ayam memakan makanan yang banyak kalsium, telor yang dihasilkan akan berkulit tebal dengan kulit yang kasar. Ini menyebabkan kesukaran untuk menetas. 






6.         Pengengalian telor yang berlebihan

-                     Tapak tangan manusia mempunyai minyak yang boleh menutup rongga udara dan menghalang penyerapan oksigen hingga menyebabkan kematian kerana lemas. Kejadian ini terjadi apabila kulit telor kelihatan berkilat.

Penyelesaian:

-          Buat candling untuk memastikan telor ada baik dan ada benih jantan.

-         Pastikan setting incubator dalan keadaan yang betul.

-         Kawal kelembapan dalam incubator mengikut keadaan yang diperlukan


PUNCA-PUNCA  JANIN AYAM MATI DI SEMUA PERINGKAT PENGERAMAN

-          Kemungkinan incubator telah tercemar dengan pelbagai sebab.

-          Kemungkinan telor itu sendiri sudah tercemar

-      Kuning telor yang telah jadi hitam dan telor tembelang menjadi punca 
jangkitan. Janin ayam didalam telor yang lain boleh mati diperingkat 
pengeraman atau beberapa hari selepas menetas. 


PUNCA-PUNCA  TELOR MENETAS AWAL DARI TARIKH JANGKAAN 
SERTA KELAHIRAN YANG CACAT

-          Suhu incubator terlalu tinggi.

Penyelesaian - turunkan suhu incubator sekitar 0.5 C



PUNCA-PUNCA  TELOR MENETAS LEWAT DARI TARIKH JANGKAAN 

-          Suhu incubator terlalu rendah.

Penyelesaian - naikkan suhu incubator sekitar 0.5 C





PUNCA-PUNCA  TEMPOH TELOR MENETAS YANG BERBEZA-BEZA

-          Tempoh penyimpanan telor yang berbeza.

-          Suhu incubator yang tidak menentu dan berubah ubah dengan banyak

Penyelesaian 

-         Kurangkan tempoh masa penyimpanan telor. 
Segerakan telor dimasukkan kedalam incubator

-        Elakkan incubator disinari matahari atau disimpan ditempat 
yang tinggi suhu. Simpan incubator ditempat yang sejuk dan terlindung.




PERATUS PENETASAN YANG RENDAH

-           Kesilapan pada setting incubator

-          Kesihatan yang rendah pada induk ayam.

-          Tidak cukup memusing telor.

Penyelesaian 

-          Perbetulkan setting incubator

-         Tingkatkan kesihatan induk-induk ayam

-         Pastikan kelembapan yang bersesuaian dengan peringkat  pengeraman

-         Pusing telor lebih kerap lagi

Monday, December 27, 2010

Upgrade Reban

Cuti 2 bulan sebelum posting ke mana-mana sekolah ( mungkin bulan 6, dh naik jemu menunggu), inilah hasilnya sepanjang cuti.hehe..

Anak Ayam untuk dijual, RM1/ekor



itik nila sedang mengeram telur, 20 ekor anak telah ditempah orang, Alhamdulillah...



Upgrade reban, jadi separuh bumbung shj, reban2 kecik akan dirobohkan, dan tiang2 kt bawah ni akan dipasang jaring. nampak x daun apa yang digantung?hehe..

Daun ini dikatakan dapat mengelakkan ayam dari terkena penyakit seperti hawar/sampar. petua dari arwah Tok Wan. daun2 ini tumbuh meliar dalam kebun getah. tak pasti nama apa.


pokok ini pun sama. juga dikatakan dapat mengelakkan ayam dari kena penyakit sekiranya ditanam berhampiran dengan reban. cuma tinggal sepokok sahaja, yang lain sudah mati.



daun dan batang jenis berduri halus.


bapak itik nila yang degil dan liar. akhirnya dikurung kerana sering melawat rumah orang lain.

Rumah ikan kaloi dan guppy. dibina sendiri dengan bantuan rakan, bumbung hadapan sudah seperti rumah minangkabau.hehe.. dijangka sangkar arnab dan G.Pig juga akan dibina di sini.

aviary budgie. dalam ni ada burung budgie 5 ekor , baru turun anak 3 ekor. burung ciak raya 3 ekor, burung ciak pinang 2 ekor dan burung merbok kampung 2 ekor. jantina burung merbuk xtau.hehe.. yang tak pakai baju kt bawah ni merupakan pekerja saya, sedang menambun tanah dalam reban.


kucing. "pon" nama diberi ;)

p/s ; sudah kematian arnab jenis anggora pagi tadi. mati akibat cirit birit. sekor lg arnab kampung mengalami masalah kembung perut

Sunday, December 26, 2010

Model Inkubator Terbaharu Saya

Assalammualaikum,
disebabkan kos menghasilkan inkubator storage telah naik, saya telah cuba menghasilkan inkubator dengan menggunakan bekas yang lain. Idea asal merupakan 100% milik dr rakan ternak ( rujuk post rakan ternak )




yang tak best bila membuat inkubator ini,
+ kena potong karpet, tampal disekeliling bibir bekas

tu yang paling tak best, sangat membuang masa.

gambar di atas hanya model sahaja, barang2 yang digunakan merupakan barang yang kitar semula ( barang lebihan projek adik di JMTI bukit minyak)

inkubator di atas BUKAN UNTUK DIJUAL!! ;)

Hitungan Tarif Elektrik

Assalammualaikum,
hari ini saya nk kongsikan pengiraan tarif elektrik dengan menggunakan inkubator yang telah dibeli dari saya. Maklumat yang saya peroleh adalah 100 % dari blog http://mr-inspirant.blogspot.com/, cuma saya ubah jenis watt mentol yang digunakan

Mentol 5watt x 4biji = 20watt
mentol pasang 24jam ( tapi takla menyala 24jam kan?)
tarif elektrik = RM 0.186 per 1 kilowatt.

untuk penggunaan sebulan,
20/1000 watt x 24jam x 30hari x RM 0.286 = RM 4. 1184 ( ambik RM5 jela sebulan )

lebih kurang camtula kadar kiraan yg dibuat, untuk maklumat lanjut, boleh rujuk post dr mr inspirant di blognya - http://mr-inspirant.blogspot.com/2010/12/electricity-how-much-do-you-use.html


Saturday, December 25, 2010

Naik harga..

Assalammualaikum,
sempena malam krismas, saya telah berjalan-jalan ke landmark Kulim,
didapati tong yang saya gunakan untuk menghasilkan inkubator telah naik harga.
jadi, saya terpaksa juga menaikkan harga. mudah-mudahan harga termostat tidak dinaikkan selepas ni.

harga dahulu RM180, sekarang RM200 ( mungkin akan menggunakan kipas jenis AC, bergantung kepada harga semasa )

Stok inkubator yang harga RM180 yang tinggal hanya 2 unit sahaja. bagi yang telah buat tempahan, sila ambil tempahan tersebut secepat mungkin. sekiranya lambat, inkubator yang siap akan dijual kepada orang lain. hanya tinggal 2 unit sahaja yang harga RM180. ready unit hanya ada 1 biji sahaja,

kelemahan inkubator sebelum ini
1. lampu cepat terbakar ( ini disebabkan oleh proses buka-tutup tudung untuk memusing telur).
2. inkubator terdahulu memerlukan 2 sambungan wayar iaitu sambungan inkubator dan air pump, untuk model seterusnya, hanya 1 sambungan wayar sahaja yang diperlukan. sambungan air pump akan terus disambung ke inkubator. pelanggan boleh memilih samaada mahu pump sentiasa membekalkan angin ataupun pump juga akan berhenti ketika lampu menyala. ( draf cara sambungan akan diupload sedikit masa lagi, terdapat sedikit kengkangan yg xdpt dielakkan)

pelanggan yang ingin menempah inkubator boleh membuat tempahan samaada mahu menggunakan lampu 5 watt atau lebih. sekiranya ingin menggunakan lampu selain 5 watt, saya mencadangkan agar menggunakan lampu 25watt sebanyak 2 unit di dalam inkubator.

Friday, December 24, 2010

Inkubator lama saya

Assalammualaikum,
saya nk tunjuk hasil penetasan dr inkubator saya, tapi malangnya saya tak snap gambar masa proses penetasan tersebut. maklumlah, ketika itu hanya menggunakan Nokia Ngage, sekarang sudah bertukar ke Sony Eric k770i, tapi malangnya hanya mampu bertahan sehingga awal disember 2010. selamatlah nokia Ngage ni masih berfungsi dengan baik.hehe..

Inkubator saya ketika mula-mula siap






sekarang



Hasil inkubator
ini??...bukan
ini?? pon bukan

dan ini??? ye betul!!..( tp itik air je, yang warna hitam tu )


kali terakhir saya cuba inkubator saya telah berjaya menetaskan 3biji telur itik ( anak2 itik tersebut dihantar ke kampung), beberapa biji telur ayam ( tak ingat, banyak sangat ), dan telur puyuh.

bukan saya nak tipu, semuanya berjaya ditetaskan. saya tak letak banyak, tong inkubator saya sangat besar. lagipun masa tu hanya ingin mencuba inkubator, sebab tu saya main letak je.

bekas air yang saya gunakan dulu saiz separuh A4, setiap kali air kering, saya tambah balik. telur 2x pusing 1 hari. semua adik saya yang buat. saya masih belajar di KL ketika itu.

saya dh cuba telur ayam kampung - menetas
telur itik air - menetas
telur itik nila - tak cuba sebab ibu itik mengeram sendiri
telur angsa - saya tak ada stok. takleh nak cuba ( org cakap baik bagi itik nila mengeram telur angsa. lg bagus, susah nk eramkan guna inkubator)
telur puyuh - menetas ( klau tak menetas selalunya telur tu dh lama sangat simpan)

sebab tu saya pernah bagitau dalam post sebelum ini, jangan menidakkan kemampuan inkubator pelastik.hehe..

Wednesday, December 22, 2010

Inkubator stok terhad..

Assalammualaikum,
saya kini hanya ada 2 stok inkubator sahaja lg. harga masih promosi. RM180. habis stok ni, terpaksa la saya menaikkan harga .

sapa cepat dia dapat.

harap2 harga masih sama lps ni.hehe..

Monday, December 20, 2010

IKLAN!!

Assalammualaikum
saya ada menjual mesin mengeram telur jenis
plastik.

-tahan kulat
-lasak
-ringan dan mudah dicuci.

Harga RM180
kapasiti telur ayam kampung 50 biji lebih, 

percuma
+ buku manual
+ termometer
+ bekas air
+ tunjuk ajar cara menggunakan inkubator.
+ perkhidmatan selepas jualan
+ pump aquarium

perkhidmatan lain
+ baik pulih inkubator
+ upgrade inkubator dalam kapasiti yang lebih
besar

inkubator yang dijual jenis air force yang
menggunakan pump aquarium.

sekiranya ingin menggunakan kipas jenis AC, sila
tambah lg RM20.

tempahan tidak memerlukan deposit. sekiranya
tempahan melebihi 2 unit, perlukan deposit.

waranty termostat 3 Minggu!!


Sunday, December 19, 2010

Termometer baharu!!

Assalammualaikum,
bagi pembeli inkubator bermula tarikh 20/12/2010
saya akan menukarkan termometer baharu yang lebih jelas bacaannya ( cuma tiada ukuran bagi F sahaja ).
termometer ini telah saya cuba dan bandingkan dengan termometer digital. berikut merupakan huraian bagi "ujian" yang telah dijalankan.

1. sekiranya termometer ini diletakkan di hadapan inkubator ( kt cermin lutsinar), termometer ini akan menunjukkan suhu yang tinggi. amat berlainan sekali dengan yang dipaparkan pada termometer digital.

2. jika termometer ini diletakkan di bahagian belakang inkubator ( bahagian dalam ), suhu yang ditunjukkan hampir sama dengan yang dipaparkan pada termometer digital.

oleh itu, untuk model seterusnya, saya akan cuba menggunakan termometer ini dalam inkubator saya. jom beli jom.hehe..

bagi yang berminat untuk mendapatkan termometer ini, boleh dapatkan di kedai akuarium. harap maklum ;)


p/s : inkubator comel ( yang warna pink ) telah menarik perhatian peminat ayam serama. terpaksa jual. baru cadang nk mengeram telur puyuh dlm tu.hehe

cuba untuk menghasilkan inkubator automatik

Assalammualaikum,
sekarang saya cuba untuk menghasilkan inkubator automatik. tp semua memerlukan kos yang tinggi. takut tak de org nak beli.hehe..

kos untuk beli power supply pon dh mencecah RM100, tu belum masuk kos untuk beli motor, timer dan lain2.

kalau murah, bolehlah mula menghasilkan inkubator automatik.hehe..

idea untuk menghasilkan semi auto pon dh ada ( tak perlu masukkan tangan dalam inkubator, tarik dan tolak besi je, telur terus bergolek sendiri). sekarang hanya cuma perlu mencari besi ( mcm tempat panggang sate tu ), cari kecik sikit dari tong inkubator, ltk pemegang dan tarik!!!... camtu je.hehe..

idea ni diperoleh bila fikir macam mana nk golekkan telur tanpa masuk tangan dalam inkubator (sambil membayangkan fungsi inkubator automatik).

Friday, December 17, 2010

Mencari pasangan bagi guinea pig

Assalammualaikum,
pd minggu lepas, kawan adik menghadiahkan seekor guinea pig sebab dorang dh nk praktikal, jd tak ada orang jaga. dapat sekor je, jadi rasa nak cari lagi sekor. cari kat petshop, tp tak jumpa-jumpa juga. lps ni ingat nk turun pulau pinang, nk cari kt sana pula ( kalau berkesempatan )


rasa-rasanya ni jantan kot. nanti nk try snap "kemaluan" binatang ni.hehe..

Sedang mencari kereta jenis Wira Aeroback

Assalammualaikum,
saya sedang mencari kereta wira/iswara aeroback. sebaik2nya dari kawasan pulau pinang ( sebab lebih dekat dgn rumah saya)

sesiapa yang nk jual, sila hubungi saya.hehe... bajet dlm 6ribu lebih sikit la.hehe

Thursday, December 16, 2010

Termostat RM50 termasuk pos

Assalammualaikum,
saya turut menjual aksesori untuk membuat inkubator iaitu termostat dan wiring.
termostat jenis Jaeger,suhu sehingga 110.
untuk wiring sila tambah RM10, diagram pemasangan turut dibekalkan bersama.

termostat akan ditest terlebih dahulu sebelum dijual, ini untuk mengelakkan kerosakkan sekiranya pos. waranty tidak saya bekalkan. hanya pembeli inkubator saya sahaja yang saya bekalkan waranty selama 2 minggu. ini kerana pihak kedai tidak memberi waranty terhadap barangan ini.

sekiranya anda ingin COD, hanya di kawasan KULIM sahaja yang saya dapat pergi. sama ada di dinas, nasmeer ataupun di gaint Kulim. RM45 bagi COD. harga masih sama bg wiring dan diagram.

kipas jenis AC tambah lg RM30


Rakan ternak yang turut menjual inkubator

Iklan percuma untuk rakan-rakan ternak yang berada dalam list saya ;)







p/s: bagi rakan ternak yang ingin iklankan barangan mereka, sila beritahu saya. Free je..




Tukar Harga Balik!!

Assalammualaikum,
berita baik bagi pembeli, disebabkan pembekal masih mengekalkan harga pada harga promosi, inkubator diletakkan pada harga asal iaitu RM180.

untuk menambah kipas jenis AC supaya suhu lebih sekata, sila tambah lagi RM20.

cepat sementara stok dan harga masih kekal ( harga inkubator di kedai pet shop RM 400, murah rupanya inkubator yang dijual oleh rakan ternak yang lain, entry akan datang saya akan listkan penternak2 yang turut menjual inkubator)

Inkubator RM190 sekarang

Assalammualaikum,
kepada yang ingin membeli inkubator, sukacita dimaklumkan bahawa harga inkubator terpaksa dinaikkan kepada RM 190 daripada harga asal RM180.

ini disebabkan oleh model tong storage plastik yang berlainan dr model sebelum ni. kapasiti telur masih sama iaitu 50 biji telur itik.

Lampu juga terpaksa ditambah kepada 5 biji, sebelum ini hanya 4 biji. ini kerana tong tersebut lebih tinggi dr tong sebelum ini.

saya juga memberi waranty untuk termostat yang dibeli dengan inkubator saya selama 2 minggu. jika termostat dibeli berasingan, saya tidak memberikan waranty kerana jika pemasangan termostat salah, akan mengakibatkan termostat rosak.

walau bagaimanapun, sila hubungi saya terlebih dahulu untuk memastikan harga sama ada boleh dikurangkan lagi ataupun tidak.

Wednesday, December 15, 2010

Tersalah beli barang pulak..

Assalammualikum,
petang tadi pegi ke kedai hardware nk beli paip,tp tersalah entry dr budgie4u, nk buat bekas minuman mcm ni, tp tersalah beli paip 20mmx20mm, dlm entry tulis 20x15.hehe

ambk dr budgie4u.hehe..
paip yang tersalah beli ;
20mmx20mm ( manala nk muat..)
bila dh pg kedai hardware tu, ternampak pulak mata drill, beli..jgn tak beli.hehe..
maaf..lupa nk pusingkan gambar
tujuan beli mata drill ni sebab nak buat mcm ni :- ( diambil dari sendudukputihmalaya)
Alhamdulillah, budgie yang baru turun anak haritu, mula masuk sarang. mayb bertelur kot. sebab tu nak buat sarang barang yang lebih besar, sarang sedia ada ( sabut kelapa ), hanya mampu menampung 3 ekor anak je, rugila macam ni.hehe.. kalau ada kawan-kawan yang nak jual burung budgie murah-murah, bagitau la saya, ingat nak tambah pasangan lagi, pasangan-pasangan sebelum ni mati tanpa dikesan, angkara tikus agaknya..



Tuesday, December 14, 2010

Sampel Pil Stevia

Assalammualaikum,
bagi yang berminat untuk merasai kehebatan stevia, bolehlah tranfer kepada saya RM1 melalui maybank2u ataupun melalui celcom share.

RM 1 itu merupakan caj bagi pos sample pil stevia ( 2 biji )

kelebihan stevia akan saya upload esok.

seperti yang telah saya beritahu melalui post2 sebelum ini, stevia dapat merawat pesakit yang menghidapi sembelit/buasir. tak perlu lagi pesakit mengambil julab untuk melawaskan berak/kencing. itu hanya 1 maanfaat yang diperoleh dari stevia, masih ada banyak lagi kelebihan yang belum saya jelaskan.

untuk pengetahuan semua, produk stevia telah banyak digunakan di negara-negara luar seperti Jepun dalam pembuatan coklat dan industri makanan.

kepada yang berminat, sila hubungi saya , Mohd Ammar (013 2996820)

saya juga masih menerima tempahan inkubator. sila hubungi saya untuk maklumat lanjut

p/s : saya tidak meminati perniagaan MLM. saya mempercayai produk Alpalipid dan SD2 keluaran newimage kerana saya telah mencuba produk tersebut. saya tidak mahu mempengaruhi orang untuk menyertai perniagaan ini, saya hanya menjual "produk", saya tidak menjual "sistem piramid" kerana "yang kaya akan semakin kaya, dan yang miskin hanya melopong mencari ahli baharu"

Monday, December 13, 2010

Jadual Suhu Inkubator

Assalammualaikum,
saya kongsikan sedikit maklumat yang terdapat dalam manual inkubator saya ;)


 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About