Ads 468x60px

Labels

Thursday, December 2, 2010

Incubator Manual Air Pump ( air force ) untuk dijual

Assalammualikum,
saya ada menjual incubator jenis "air force" dengan menggunakan "air pump" aquarium.
ciri-ciri
  1. Incubator kategori hobi. 
  2. Plastik storage jenis telus cahaya, pembeli dapat melihat situasi telur menetas dari pelbagai sudut
  3. boleh memuatkan kapasiti telur sebanyak 30 biji telur ayam kampung/ 60 biji telur puyuh.
  4. menggunakan "pump aquarium" untuk membekalkan udara.
  5. termometer jenis biasa ( manual ).
  6. termostat jenis jaeger
  7. bekas plastik jenis ringan/mudah alih dan senang dicuci selepas digunakan. dapat mengelakkan kulat daripada tumbuh di dalam incubator.
  8. pembeli boleh memindahkan termostat dan wiring ke plastik storage yang baharu sekiranya storage sedia ada tidak dapat menampung kapasiti telur.

Maklumat lain
  1. Sekiranya pembeli inginkan termometer jenis digital yang dilengkapi dengan humidity, sila tambah RM 60.( rujuk gambar 2, lebih kurang macam ni la bentuk termometer tu)
  2. Sekiranya pembeli inginkan kipas jenis AC,  sila tambah RM 50. ( rujuk gambar 1 ), saya akan bagitau kemudian sekiranya terdapat kipas yang lebih murah
  3. Harga untuk model yang lain akan diberitahu kemudian.
Gambar 1
Gambar 2

RM 200 RM 150 harga promosi + penghantaran percuma dalam kawasan Pulau Pinang ( dalam pulau, bukan tanah besar ).

Lokasi, Kulim Kedah

Hubungi saya untuk maklumat lanjut
Mohd Ammar, 013-2996820



2 comments:

  1. salam sahabatku amar..

    apa kegunaa humidty dengan kipas ac tu?ada manual ringkas x untuk incubutor tu x?
    lagi satu...kalau kita nk letak telur angsa boleh kah?boleh dapatkan kapasiti bekas yg besar lagi x?sebab rasa2 nk letak juga telur ayam piru dengan mutiara.. :)

    ReplyDelete
  2. salam,
    nk lagi bekas lg besar boleh je,besar incubator merah yg saya punya tu ( boleh rujuk pos sebelum ini ),

    warna pon lbh kurang jela, xtelus cahaya. kena tebuk bahagian depan sikit, letak plastik lutsinar. harga lbh kurang je rasanya. tak pon mahal sikit je.hehe..

    manual akan saya sertakan, khas saya buatkan.hehe.. cadangan saya, dalam manual tu cara nk setting suhu, jadual penetasan, suhu yg sepatutnya bg telur2, dan maklumat2 lain akan saya sertakan.

    saya guna tong kecik sbb pengalaman mengeram sebelum ni saya guna bawah 20 biji je telur. Alhamdulillah, peratusan menetas dlm 90-100% untuk telur ayam ngan itik kampung. klau telur dh banyak, boleh la pindahkan wiring ke tong yg lbh besar, xpe, klau special req, InshaAllah saya buatkan.hehe..

    telur angsa saya tak pernah cuba lg, susah nk dptkan telur tu. tapi rasa2nya boleh sebab termostat saya guna ni support sampai 110 darjah celcius, incubator lama support smpai 40 darjah celcius shj.

    humidity @ kelembapan tu ptg utk menentukan peratusan penetasan. bg saya bekas air kalau kering, tambah air lain pon dh cukup bagus dh.

    kipas kegunaan utk bagi pengudaraan yang sekata dlm incubator. org ckp guna pump air pon dh cukup dh. kipas jenis AC bagus sikit, leh trus sambung dgn termostat. klau jenis DC kena beli kipas PC sambung dengan power supply yg 12v tu. nnti saya akan survey yang terbaik.

    saya cuba cari termometer digital yg jenis biasa shj, tp xjmpa lg area2 kt rumah ni. klau ada, nnti saya upload gambar termometer tu.

    ReplyDelete

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About