Ads 468x60px

Labels

Saturday, May 21, 2011

Reban Arnab!!

Assalammualikum,
saya pulang sebentar ke Kulim atas urusan keluarga, di samping itu, ambikla kesempatan sikit tangkap2 gambar reban arnab. Itik nila kali ini tak jadi sebab serangan tikus dgn kawasan reban yang lecah ( becak ) sebab hujan. banyak telur yang rosak.

jom layan gambar~


















Saturday, May 14, 2011

Cuci Inkubator


gambar di atas tidak ada kaitan dengan topik perbincangan hari ini. hehe...

Inkubator saya di Bahau telah kosong dah tidak digunakan lagi. Jadi, sayapun mengambil peluang ini untuk mencuci inkubator saya. Inilah kelebihan bila menggunakan inkubator plastik.hehe..

gambar akan saya upload kemudian

anak itik nila sudah menetas, hanya 4 ekor sahaja kali ini, mungkin disebabkan oleh gangguan tikus. jika berminat, sila hubungi saya 013-2996820. Anak itik nila berada di Kulim, Kedah

Wednesday, May 11, 2011

Inkubator saya, bil letriknya murah...

Assalammualaikum,
Saya dh test inkubator, nak tau caj letrik yang dikenakan,
harga caj letrik jika dibandingkan dengan mula2 saya masuk rumah, beza dalam RM10 sahaja.

Bulan pertama masuk rumah, peralatan ni shj yang ada
-laptop
-bill sampai, RM10.50
-bil tertunggak (RM20 lebih, tidak dijelaskan oleh penyewa sebelum ini )

Bulan kedua ( Mac )
- laptop
- kipas
- tv
- woofer
- bil tak sampai, hilang/mungkin disimpan oleh jiran

Bulan ketiga ( April )
-Laptop
-kipas meja
-tv
-woofer
-mesin basuh
- INKUBATOR
- Bil sampai 11 Mei, RM 19.18 ( tak perlu bayar kerana bawah RM20 )

jadi, kos penggunaan inkubator saya yang berfungsi selama 24 hari, dengan kekuatan 4biji lampu 5watt, 1 kipas, atau seperti gambar di bawah ( biru )


caj bil bulanan tidak sampai RM10. murah je kan? kalau duduk rumah sewa sorang2, tak perlu bayar sebab dibawah RM20. best2.hehe

bleh usyar bill dibawah ni,

RM10.50 ( bil purata )
RM20.75 ( tunggakkan penyewa terdahulu )
RM19.18 ( caj semasa - tak perlu bayar )


Thursday, May 5, 2011

Penjelasan Tentang Iklan

Assalammualaikum,
kerap kali saya dihubungi oleh orang-orang dari Terengganu tentang inkubator yang saya iklankan di Mudah.my di Negeri Terengganu. Untuk pengetahuan saudara/i sekalian, harga yang saya tetapkan iaitu RM180 merupakan harga termasuk pos ke Terengganu. Jika saudara/i mengambil sendiri di Kedah, harganya RM170.

Mengapa kos pos saya RM10 sahaja?
saya menggunakan perkhidmatan pos KTM. Walaupun Terengganu tiada Kereta Api, tetapi barang2 yang dipos menggunakan lori. Jadi, jangan risau tentang barang tak sampai.

Adik saya pernah pos barang melalui KTM dari Penang ke Bahau,N9. Barang yang dihantar sampai pada hari yang berikutnya. Sangat cepat berbanding dengan Pos Laju.

Tetapi, perkhidmatan ini tidak meliputi kawasan Gua Musang di semenanjung Malaysia, dan Brunei. Oleh itu, seorang pelanggan saya di Brunei terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk pos barang kerana, Pos Malaysia mengecaj berat barang dan saiz barang tersebut. Harga berdasarkan saiz. Maaf saya pinta pada pelanggan tersebut jika membaca post ini.

Untuk tempahan pula,
saya galakkan saudara/i menempah inkubator pada hari Rabu/Khamis kerana proses membuat inkubator agak merumitkan, jika tersalah wiring, termostat akan rosak dan kami mengalami kerugian. inkubator juga akan dihantar pada hari ahad/isnin.

Kami hanya menjalankan perniagaan ini berdasarkan part time sahaja, bukannya full time. Jadi, masa untuk menghasilkan sebuah inkubator agak terhad.

Wednesday, May 4, 2011

Harga Itik Nila


Harga itik nila adalah seperti berikut
bawah 10 ekor, RM 5
20 ekor ke atas , RM 4

Mahal ke? ( kat Bahau, RM 6.50 seekor )
Itik2 saya telurnya dieram sendiri. saya hanya menggunakan khidmat inkubator jika telur tersebut lambat menetas dan anak itik nila terlalu lemah jika baru menetas. ini mengakibatkan, dalam setahun itik nila saya akan mengeram 2-3 kali sahaja. awal tahun, tengah tahun, dan akhir tahun.

saya hanya mempunyai induk betina matang lebih kurang dalam 4-5 ekor sahaja. setiap ekor menghasilkan telur lebih kurang 10 biji dan InshaAllah, semuanya akan menetas dengan baik jika tidak terkena air dan gangguan dari tikus.

saya tidak menjual induk matang kerana harganya yang tinggi RM17/kg. tetapi jika atas faktor perubatan yang sangat memerlukan itik nila. Saya akan pertimbangkan (bergantung pada stok ) dan hanya jantan yang mungkin akan dijual.Telur itik nila juga saya akan jual atas faktor perubatan jika saudara/i amat2 memerlukan, tetapi saya hanya akan jual sekiranya telur tersebut belum dieram oleh itik nila.

tempoh pengeraman telur itik nila memakan masa hampir 1 bulan lebih dan menyamai tempoh eraman telur angsa. warna telur itik nila berwarna kuning cair, tidak seperti telur itik biasa.
bagi yang berminat untuk mendapatkan baka itik nila putih, sila hubungi saya. sekiranya anda ada itik nila hitam dan ingin bertukar baka dengan saya, saya amat mengalu-alukan ( tukar suka sama suka, anak itik nila digalakkan)

Bagi saya, itik nila ini sangat istimewa dari itik biasa kerana itik nila jinak seperti ayam kampung. sekiranya saudara/i membawa bekas makanan ke kawasan reban, itik nila ini akan sentiasa melompat2, untuk mendapatkan makanan tersebut dari tangan anda. 

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About