Ads 468x60px

Labels

Thursday, May 5, 2011

Penjelasan Tentang Iklan

Assalammualaikum,
kerap kali saya dihubungi oleh orang-orang dari Terengganu tentang inkubator yang saya iklankan di Mudah.my di Negeri Terengganu. Untuk pengetahuan saudara/i sekalian, harga yang saya tetapkan iaitu RM180 merupakan harga termasuk pos ke Terengganu. Jika saudara/i mengambil sendiri di Kedah, harganya RM170.

Mengapa kos pos saya RM10 sahaja?
saya menggunakan perkhidmatan pos KTM. Walaupun Terengganu tiada Kereta Api, tetapi barang2 yang dipos menggunakan lori. Jadi, jangan risau tentang barang tak sampai.

Adik saya pernah pos barang melalui KTM dari Penang ke Bahau,N9. Barang yang dihantar sampai pada hari yang berikutnya. Sangat cepat berbanding dengan Pos Laju.

Tetapi, perkhidmatan ini tidak meliputi kawasan Gua Musang di semenanjung Malaysia, dan Brunei. Oleh itu, seorang pelanggan saya di Brunei terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk pos barang kerana, Pos Malaysia mengecaj berat barang dan saiz barang tersebut. Harga berdasarkan saiz. Maaf saya pinta pada pelanggan tersebut jika membaca post ini.

Untuk tempahan pula,
saya galakkan saudara/i menempah inkubator pada hari Rabu/Khamis kerana proses membuat inkubator agak merumitkan, jika tersalah wiring, termostat akan rosak dan kami mengalami kerugian. inkubator juga akan dihantar pada hari ahad/isnin.

Kami hanya menjalankan perniagaan ini berdasarkan part time sahaja, bukannya full time. Jadi, masa untuk menghasilkan sebuah inkubator agak terhad.

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About