Ads 468x60px

Labels

Wednesday, April 27, 2011

Berita Baik

Assalammualaikum,
saya baru sahaja menerima tempahan wiring dari pelanggan dari Brunei. Nak hantar inkubator ke luar negara memang memakan kos yang sangat tinggi. jadi, jalan penyelesaiannya, saya mencadangkan pelanggan saya dari Brunei ini membeli wiring sahaja, cara pemasangan saya akan bimbing. Ini kerana, kos penghantaran akan menjadi lebih murah. wiring dan termostat akan saya post dengan kadar segera, stok sedia ada telah habis. jadi pelanggan terpaksa tunggu 2-3 hari baru stok baru akan sampai ke rumah saya.

P/S
Inkubator boleh dihantar ke seluruh negara kecuali di GUA MUSANG sahaja. di negeri lain, termasuk SABAH dan SARAWAK, khidmat KTM masih boleh digunakan. Harap maklum

Monday, April 25, 2011

Harga Inkubator/incubator/mesin mengeram telur

Assalammualaikum,
harga inkubator jika anda tidak membeli terus daripada kami. Sila hubungi saya jika anda ingin membeli secara terus di KULIM, KEDAH


RM 190

- ada lampu indikator di hadapan ( macam dalam gambar)
- lampu 5watt x 4 biji
- termometer biasa
- tray telur
-pump aquarium
-saiz lebih kecil sedikit
-kapasiti telur ayam kampung +- 40biji


RM320


- Saiz lebih besar
- kuantiti telur ayam kampung 50biji lebih
- ada force air ( kipas -untuk suhu yang lebih sekata)
- tray telur
- termometer digital

PERBEZAAN ANTARA RM190 DENGAN RM320


saiz ( atas RM190, bawah RM320)

Termasuk dalam pakej RM320

Termasuk dalam pakej RM320 ( siap dipasang)

Untuk makluman,
Kipas yang digunakan tidak sama dengan kipas PC yang berharga RM10. 

Kipas PC ( tak boleh direct dengan power letrik )

Kipas PC ( disambung dengan adaptor lain )

Kipas PC disambung dengan adaptor ini

kipas ini boleh terus disambung dengan letrik

bila disambung, jadi begini


atau


hasilnya :-

Itik coklat - hasil inkubator

Itik coklat - hasil inkubator

Saja letak - anak itik nila

Saja letak - anak itik nila (cepat membesar)

saja letak ;), tidak menggunakan inkubator

Lutino??

hasil inkubator..ye ke??hehe

Ibu turun awal, telur disambung eram guna inkubator, menetas

Hasil dari kawan

diletakkan sementara di dalam inkubator kerana tidak dapat berdiri dengan betul

masih tidak dapat berdiri dengan betul

Harga yang saya tawarkan adalah termasuk dengan kos penghantaran menggunakan GDex






Sunday, April 24, 2011

JEJAKI SEMULA KOMPUTER RIBA ANDA YANG HILANG


Komputer riba atau dikenali sebagai laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti seharian mereka. Ini adalah kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang portable mudah untuk dibawa ke mana-mana. Dengan keistimewaan ini bukan sahaja memudahkan anda malah ia juga memudahkan si PENCURI. Tahukah anda bahawa komputer riba sangat mudah untuk dicuri walaupun anda menyimpannya ditempat yang selamat. Ini kerana tempat yang anda rasakan selamat sebenarnya juga mempunyai risiko dan anda tidak akan menjangkanya. Anda mungkin boleh mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku ke atas diri anda namun jika ia berjaya dicuri apakah tindakan anda untuk mendapatkan semula komputer riba anda?

Setiap hari terdapat laporan kehilangan dan kecurian komputer riba yang semakin menjadi-jadi di negara ini. Malangnya tiada tangkapan yang berjaya dibuat bagi menyelesaikan masalah ini. Lebih 97% kes kecurian komputer riba tidak dapat dijejaki semula. Banyak kes yang berlaku melibatkan kecurian di dalam kereta, kolej, asrama, pejabat, kedai makan dan sebagainya. Fenomena ini bagai tidak dapat dielakkan walaupun pengguna merasakan ianya selamat daripada dicuri kerana kecuaian dan kecurian adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka.

Kebanyakkan mangsa kecurian akan melaporkan kepada polis namun tiada apa yang dapat dilakukan kerana kes-kes sebegini adalah perkara biasa dan terlalu banyak untuk disiasat. Tidak kurang juga ada yang menggunakan khidmat bomoh yang kononnya mampu memberi gambaran wajah si pencuri. Sejauh manakah kebenarannya dan apakah bukti yang boleh dikaitkan dengan gambaran yang diberikan.

Sebagai pengguna komputer riba seperti anda, kami juga pernah mengalami masalah ini dan kini kami telah menemui sehingga 80% jalan penyelesaian bagaimana untuk melindungi komputer riba anda.


F-TRACKER

Satu perisian komputer bersaiz kecil yang kami hasilkan telah terbukti dapat menyelesaikan masalah ini sehingga 80%. Hanya dengan menggunakan perisian F-Tracker komputer riba anda dapat dipantau walaupun ia telah dibawa jauh dari anda. F-Tracker akan mengikut ke mana sahaja komputer riba anda dibawa dan akan menjadi perisik untuk anda. Dengan keupayaan menggunakan 'webcam' komputer riba anda perisian ini akan menangkap gambar individu yang menggunakan komputer riba anda setelah ianya hilang. Maklumat lain seperti alamat IP juga akan dihantar kepada anda bagi memudahkan anda menjejaki dan mengenalpasti suspek. Maklumat ini dapat diakses melalui akaun Fulamak Network dan ianya boleh dijadikan bahan bukti untuk disertakan semasa membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan dan tangkapan.



Jika komputer riba anda tidak dilengkapi dengan perisian ini mungkin anda akan kehilangan komputer riba kesayangan anda buat selamanya. Namun jika komputer riba anda dilengkapi dengan F-Tracker anda mempunyai sehingga 80% peluang untuk mendapatkan semula komputer riba anda. Sebelum anda menyesal pastikan anda menggunakan F-Tracker sekarang sebagai persediaan jika kecurian berlaku ke atas diri anda.

F-Tracker akan menangkap gambar suspek secara pintar dimana gambar yang ditangkap melalui 'built-in' webcam ini tidak akan disedari oleh suspek ketika sedang sibuk menggeledah isi kandungan di dalam komputer riba anda. F-Tracker akan menyimpan gambar suspek tersebut di dalam hardisk dan akan menghantar gambar dan maklumat IP sekiranya terdapat talian internet.



maklumat lanjut, klik sini - http://face.fulamak.net/?id=8629

Inkubator Meletup!!


Assalammualikum,
Post ini bukanlah untuk menyatakan bahawa inkubator ciptaan saya (maaf, kurang sesuai ; buatan saya ), sudah meletup. tidak.. inkubator masih berfungsi dengan baik, tiada masalah, cuma mungkin masalah lampu terbakar. biasala tu.hehe..

Saya juga telah menggantikan ( dengan sedikit bayaran upgrade) inkubator yang telah dibeli oleh pembeli yang menghadapi masalah, jika anda telah membeli inkubator dari saya, mahupun adik saya, silalah add kami di fb supaya dapat memudahkan kita berinteraksi dan bersoal jawab sekiranya inkubator yang dibeli menghadapi masalah.

perbincangan dgn pelanggan 1

Saya juga masih menantikan sebuah lagi inkubator yang menghadapi masalah. masih belum dihantar kembali kepada saya, walaupun sudah berulang kali saya meminta pemilik inkubator tersebut menghantar inkubatornya kepada saya. Dan yang terbaharu, sebiji lagi inkubator menghadapi masalah lampu menyala,tp tak terpadam2, ini disebabkan oleh jarak antara lampu dan lantai agak jauh. Pemilik hanya menghubungi saya selepas 3 bulan. Hal ini juga timbul kerana wujud salah faham antara pembeli-penjual sehingga menyebabkan saya terpaksa menukar wiring ke badan inkubator yang lain, dan tidak mencubanya terlebih dahulu ( tukar dan ambil on the spot). Semua masalah ini akan saya cuba selesaikan pada waktu cuti akan datang. 

Selain itu,
Bagi pembaca yang ingin membeli inkubator saya, bolehlah menghubungi saya. Harga RM 180 dan RM300 termasuk pos ke semua destinasi di semenanjung Malaysia yang boleh dicapai oleh perkhidmatan kereta api.
Inkubator merah RM180
Inkubator biru RM300

bezanya,
Saiz
Aksesori dalaman inkubator.


Inkubator RM300 memiliki keistimewaannya sendiri, antaranya ialah :-
-mempunyai tray
-ada kipas force air untuk suhu yang lebih sekata
-ada termometer digital
-ada lampu petunjuk( bila kipas berputar, lampu menyala)
-wiring yang sedikit rumit
RM300, ada kipas


bagaimana inkubator ini berfungsi? klik sini

Inkubator RM 180
-termometer biasa
-ada tray
RM180, tiada kipas, saiz kecil sedikit

Harga yang ditawarkan di atas ialah harga termasuk dengan perkhidmatan pos yang menggunakan khidmat KTM ( masih ada yang belum tahu KTM menyediakan perkhidmatan ini )

antara kelebihan menggunakan perkhidmatan KTM
- barang dihantar sehingga ke pintu rumah
- caj perkhidmatan yang murah, tiada inkubator yang rosak buat masa sekarang
- barang cepat sampai ( bergantung pada lokasi )

Kelemahan
- liputan di kawasan yang ada perkhidmatan kereta api sahaja
- kawasan lain saya kurang pasti ( saya rasa semua  kawasan boleh kot )

sila hubungi saya jika anda ada sebarang pertanyaan, jika boleh, hubungi saya selepas waktu pejabat dan sebaik-baiknya pada waktu malam. kalau tak, sms sahaja sudah memadai.

jika anda ingin mengambil sendiri inkubator di Kulim, Kedah, harga sedikit murah dapat saya tawarkan.

anda juga boleh membuat carian di mudah.my dengan kata kunci "inkubator mini" untuk mendapat spesifikasi penuh produk yang saya tawarkan.

Friday, April 22, 2011

Anjing bikin panas!!!

Assalammualaikum,
Saya baru sahaja mendapat panggilan telefon dari adik saya, katanya anjing telah menyerang arnab-arnab ternakan saya. 2 ekor mati. seekor ibu dan seekor anak. sekarang hanya tinggal 2 ekor anak tanpa ibu. dan sepasang arnab yang lain. Mujurlah arnab yang lain dipindahkan ke reban bahagian atas. reban di bahagian bawah dirodok oleh anjing. habis...

2 ekor ni sudah mati ( reban atas)


Si Oren mati selepas melahirkan anak ( ni reban bawah )

Gambar 2 ekor arnab yang saya pamerkan kt atas ni merupakan arnab yang sudah berada di alam lain. Si Oren hadiah dari kenalan dari Penang mati selepas melahirkan anak, kemungkinan besar akibat serangan dari kerengga.

Si Hitam juga telah mati. Dikhabarkan mati kerana terkejut akibat diserang oleh anjing. Anaknya sekor juga berada di alam yang lain kerana telah dibaham oleh anjing.

Hanya tinggal sekarang 2 ekor anak berusia 3 minggu dan sepasang arnab kampung yang lain..

Ni masih hidup-betina, codename : ASAP

Ni jantan muda, berjaya membuntingkan Si Hitam, CODENAME : PEKAT


p/s : mudah-mudahan tiada lagi serangan dari anjing2 taman sebelah..


Tuesday, April 19, 2011

Telur Palsu

Assalammualaikum,
baru2 ini negara dikejutkan dengan kehadiran telur palsu. dikatakan dari china. sebelum berita ini tersebar, saya juga pernah makan telur yang sangat cantik rupanya. bila pecahkan, telur tu dimasak dengan sangat cantik, lendir jernih tidak mengelembung bila goreng, hanya jadi cantik je mcm kuih serabai. kuning telur pun bulat elok, warna oren dan susah nk pecah., pelik jugak tu.

selang beberapa hari, berita pasal telur palsu pon keluar, sayapun mula berasa curiga, mungkinkah saya pernah makan telur macam tu? kulit luar dicetak dengan nombor berwarna merah.

saya tak pasti kalau telur ni dimasukkan dalam inkubator jd pe.hehe...

jom tgk video cara penghasilan telur palsu ini :-



layan~

p/s : sedang berkhusus di goldcost

Sunday, April 17, 2011

Pada Zaman Dahulu

Assalammualaikun,
post kali ini mengambil 100% entry dari kawan saya yang masih belajar di IPG Kampus Bahasa Melayu.

Siri animasi ini mengetengahkan kisah-kisah rakyat yang popular menerusi penceritaan seorang datuk kepada cucu-cucunya. Selain itu, watak Sang Kancil yang dikenali sebagai haiwan yang bijak dalam cerita rakyat Malaysia memeriahkan lagi jalan penceritaannya. Untuk pengetahuan pembaca, Pada Zaman Dahulu ini merupakan 1 lagi cerita animasi yang dihasilkan oleh last kopek ( les' Copaque) yang juga masih menghasilkan animasi upin dan upin.


watak-watak yang terdapat dalam animasi ini :-

anda boleh membaca entry animasi ini melalui pautan yang berikut:- http://www.teknomasi.com/2011/04/video-pertama-dan-watak-watak-dalam.html


Saturday, April 16, 2011

Berkira-kira untuk menukar template blog

Assalammualikum,
saya sedang berkira2 untuk menukar template blog kerana template sedia ada ini macam terlari settingnya.hehe.. pening-pening,

saya juga ada menyediakan perkhidmatan membina blog peribadi, sekolah, perniagaan dan lain-lain lagi pada harga RM100.

Pakej ini termasuk
domain .com, contohnya www.lamanwebsaya.com
-tapi cuma untuk tempoh 1 tahun sahaja, lepas tu akan bertukar kepada www.lamanwebsaya.blogspot.com kembali

email percuma, cth :- saya@lamanwebsaya.com
contoh blog yang saya dh buat :-




Selain itu,
saya juga mengambil upah mengeram telur ayam/itik dan lain2 lagi di Bahau. Buat masa sekarang saya sedang mengeram telur ayam yang dibekalkan oleh sdr Akmal.

Saya juga masih menjual inkubator, harga sama seperti di post2 yang lepas untuk mereka yang mengambil inkubator di rumah saya di Kedah. Untuk tempahan dari negeri sembilan, harga dinaikkan sebanyak RM20 (kos pos dr kedah ke Bahau). Saya rasa pos dr kedah ke bahau lagi berbaloi dari saya membuat inkubator di Bahau kerana harga barang di sini sangat mahal dan sukar untuk saya memperoleh stok termostat. badan inkubator sahaja dh mencecah 3kali ganda dari harga di kedah.

p/s : post tak sampai 5min, dh tukar template.hehe.. mintak2 blog ini loading tak le lama sgt.hehe

Sunday, April 10, 2011

Mengeram Telur di Bahau

Assalammualaikum,
rasa macam sudah lama tidak berpost-post.hehe.. maklumlah kesibukan sebagai seorang guru membataskan sedikit perkara yang saya minati. Minggu lepas, abang saya telah menghantar 1 unit inkubator yang berharga RM260. Boleh rujuk post2 sebelum ini untuk melihat jenis inkubator yang saya maksudkan itu.

beberapa minggu yang lepas juga, saya turut dihubungi oleh akmal yang bertanyakan ada ruang kosong tak untuk diletakkan telurnya ( telur ayamnya) . hari ini baru saya mulakan mengeram telur, untuk melihat keupayaan inkubator saya. peratusan menetas kali ini sukar untuk saya jelaskan kerana akmal memberitahu, telur2 ayam tu telah berusia 2 minggu. tak apa, cuba je.hehe..

cakap banyak pon tak guna, jom layan gambar.hehe








 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About