Ads 468x60px

Labels

Friday, April 22, 2011

Anjing bikin panas!!!

Assalammualaikum,
Saya baru sahaja mendapat panggilan telefon dari adik saya, katanya anjing telah menyerang arnab-arnab ternakan saya. 2 ekor mati. seekor ibu dan seekor anak. sekarang hanya tinggal 2 ekor anak tanpa ibu. dan sepasang arnab yang lain. Mujurlah arnab yang lain dipindahkan ke reban bahagian atas. reban di bahagian bawah dirodok oleh anjing. habis...

2 ekor ni sudah mati ( reban atas)


Si Oren mati selepas melahirkan anak ( ni reban bawah )

Gambar 2 ekor arnab yang saya pamerkan kt atas ni merupakan arnab yang sudah berada di alam lain. Si Oren hadiah dari kenalan dari Penang mati selepas melahirkan anak, kemungkinan besar akibat serangan dari kerengga.

Si Hitam juga telah mati. Dikhabarkan mati kerana terkejut akibat diserang oleh anjing. Anaknya sekor juga berada di alam yang lain kerana telah dibaham oleh anjing.

Hanya tinggal sekarang 2 ekor anak berusia 3 minggu dan sepasang arnab kampung yang lain..

Ni masih hidup-betina, codename : ASAP

Ni jantan muda, berjaya membuntingkan Si Hitam, CODENAME : PEKAT


p/s : mudah-mudahan tiada lagi serangan dari anjing2 taman sebelah..


No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About