Ads 468x60px

Labels

Sunday, April 24, 2011

Inkubator Meletup!!


Assalammualikum,
Post ini bukanlah untuk menyatakan bahawa inkubator ciptaan saya (maaf, kurang sesuai ; buatan saya ), sudah meletup. tidak.. inkubator masih berfungsi dengan baik, tiada masalah, cuma mungkin masalah lampu terbakar. biasala tu.hehe..

Saya juga telah menggantikan ( dengan sedikit bayaran upgrade) inkubator yang telah dibeli oleh pembeli yang menghadapi masalah, jika anda telah membeli inkubator dari saya, mahupun adik saya, silalah add kami di fb supaya dapat memudahkan kita berinteraksi dan bersoal jawab sekiranya inkubator yang dibeli menghadapi masalah.

perbincangan dgn pelanggan 1

Saya juga masih menantikan sebuah lagi inkubator yang menghadapi masalah. masih belum dihantar kembali kepada saya, walaupun sudah berulang kali saya meminta pemilik inkubator tersebut menghantar inkubatornya kepada saya. Dan yang terbaharu, sebiji lagi inkubator menghadapi masalah lampu menyala,tp tak terpadam2, ini disebabkan oleh jarak antara lampu dan lantai agak jauh. Pemilik hanya menghubungi saya selepas 3 bulan. Hal ini juga timbul kerana wujud salah faham antara pembeli-penjual sehingga menyebabkan saya terpaksa menukar wiring ke badan inkubator yang lain, dan tidak mencubanya terlebih dahulu ( tukar dan ambil on the spot). Semua masalah ini akan saya cuba selesaikan pada waktu cuti akan datang. 

Selain itu,
Bagi pembaca yang ingin membeli inkubator saya, bolehlah menghubungi saya. Harga RM 180 dan RM300 termasuk pos ke semua destinasi di semenanjung Malaysia yang boleh dicapai oleh perkhidmatan kereta api.
Inkubator merah RM180
Inkubator biru RM300

bezanya,
Saiz
Aksesori dalaman inkubator.


Inkubator RM300 memiliki keistimewaannya sendiri, antaranya ialah :-
-mempunyai tray
-ada kipas force air untuk suhu yang lebih sekata
-ada termometer digital
-ada lampu petunjuk( bila kipas berputar, lampu menyala)
-wiring yang sedikit rumit
RM300, ada kipas


bagaimana inkubator ini berfungsi? klik sini

Inkubator RM 180
-termometer biasa
-ada tray
RM180, tiada kipas, saiz kecil sedikit

Harga yang ditawarkan di atas ialah harga termasuk dengan perkhidmatan pos yang menggunakan khidmat KTM ( masih ada yang belum tahu KTM menyediakan perkhidmatan ini )

antara kelebihan menggunakan perkhidmatan KTM
- barang dihantar sehingga ke pintu rumah
- caj perkhidmatan yang murah, tiada inkubator yang rosak buat masa sekarang
- barang cepat sampai ( bergantung pada lokasi )

Kelemahan
- liputan di kawasan yang ada perkhidmatan kereta api sahaja
- kawasan lain saya kurang pasti ( saya rasa semua  kawasan boleh kot )

sila hubungi saya jika anda ada sebarang pertanyaan, jika boleh, hubungi saya selepas waktu pejabat dan sebaik-baiknya pada waktu malam. kalau tak, sms sahaja sudah memadai.

jika anda ingin mengambil sendiri inkubator di Kulim, Kedah, harga sedikit murah dapat saya tawarkan.

anda juga boleh membuat carian di mudah.my dengan kata kunci "inkubator mini" untuk mendapat spesifikasi penuh produk yang saya tawarkan.

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About