Assalammualaikum dan salam sejahtera
Minggu ini boleh dikatakan minggu-minggu yang agak padat bagi saya. Padat untuk memerah keringat dan padat juga untuk menggunakan otak. Guna otak lebih meletihkan dari memerah keringat untuk menyiapkan reban arnab.hehe..
Alhamdulillah,
Reban arnab sudah siap, cuma tinggal try najis sahaja yang belum dibuat. bumbung kira tutup dengan tikar getah pon sudah memadai kot. maklumlah, setinggan.hehe..
Burung budgie yang telah turunkan anak 2-3 bulan yang lepas telah mula bertelur setelah anak-anak burung tersebut keluar dari sarang. 2-3 hari lepas juga, kedengaran bunyi anak burung, kemungkinan ibu yang sama telah berjaya menetaskan telur. Alhamdulillah, kali ini telur lebih cepat menjadi. mungkin disebabkan saya dh tutup semua lorong untuk tikus masuk dalam sangkar. sekarang tikus mula membuat terowong-terowong rahsia di dalam reban itik pula. susah-susah..
Juga mendapat perkhabaran yang agak mendukacitakan kepada pembuat inkubator. Anak ayam tidak berjaya menebuk lubang untuk keluar dari telur. ada yang mati dalam telur. setelah disoal siasat, rupa-rupanya pengguna telah salah menukar mentor 5 watt kepada 40watt tanpa setting suhu selepas itu. berbelas biji telur ayam piru rosak.
juga dikatakan telur ayam serama tidak menjadi. Jadi, saya sedang cuba mengeram telur ayam serama dengan menggunakan suhu 38.3 darjah celcius. moga-moga berjaya
Juga mendapat perkhabaran yang mendukacitakan, angsa yang dieram pelanggan tidak berjaya menetas. Mungkin salah suhu, atau humidity yang sangat kurang. saya kurang arif pasal angsa.
semua pengalaman tu saya jadikan pengajaran bagi diri saya. Manusia belajar dari kegagalan. itulah yang dinamakan pelajaran yang sebenarnya bagi saya.
saya juga sedang membiakkan ikan laga jenis crown tail seperti yang telah saya khabarkan sebelum ini. bila berkesempatan, saya akan uploadkan gambar. Maklumlah, musim2 sesak ni, bajet pon tak ada nk repair henfon rosak.hehe
fulamak amar..biak ikan laga?idea menarik tu...kat penang ada ikan laga yg dijual rm 50 pun ada..x sangka ikan laga mahal nooo..cantik2 warna dia...
ReplyDeletebukan setakat RM50, RM200 pon ada.hehe
ReplyDeletesaya saja cuba2. adik yg berminat, abg sekadar memberi sokongan moral sahaja.hehe..
manalah tau satu hari nanti, minat tu boleh mendatangkan hasil.hehe