Assalammualaikum,
beginilah rupa bingkai kayu yang perlu digunakan untuk membuat tray telur.
walaupun sedikit hodoh, tetapi sangat berguna kepada pengguna inkubator.
Kenapa saya cakap sangat berguna?
bila kita menggunakan bingkai ini, kita juga telah kembali ke inkubator model yang asal ( model kayu ),
saya juga menggunakan konsep model kayu yang saya rasakan lebih praktikal kerana bekas air berada di bawah.
Tetapi, saya juga tidak menidakkan keupayaan inkubator plastik. Ini kerana, inkubator plastik lebih mudah dicuci.
Ini berdasarkan pengalaman saya mencuci inkubator yang telah kotor akibat dibom oleh telur buruk. busuk pulak tu.
selamatlah guna inkubator plastik.hehe
Selain itu,
ruangan di dalam inkubator juga menjadi luas. Kalau sebelum ini boleh memuatkan 45 biji telur, tetapi sekarang boleh memuatkan
50 biji telur. ini kerana, tiada lagi bekas air yang akan mengakibatkan telur terhalang dari terkena suhu.
gambar yang sudah siap akan dipload kemudian
Wednesday, January 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment