Ads 468x60px

Labels

Monday, January 3, 2011

DIY - golek telur dalam inkubator

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
di Kulim, hujan sejak pagi tadi lagi. kerja2 menyiapkan lau (reban) tergendala sebentar. Syukur sebentar sebab hujan ( kadang2 kita merungut panas sangat, hujan sangat, apa kita kita redha dan bersyukur atas ketentuan Allah? )

Disebabkan hujan juga, Allah telah memberi ilham kepada saya untuk berkongsi dengan pengguna inkubator plastik ( ciptaan saya atau orang lain ).

huraian setiap langkah berada di bawah gambar

1...2....3... MULA

Pandangan atas

1. beli raga yang boleh muat dalam inkubator. jenis biasa sudah memadai. Harga bergantung pada kedai di kawasan masing-masing.
2. Potong bahagian yang telah saya tandakan dengan kotak warna hijau ( seperti dalam gambar diatas )

Klik "Read More" untuk bacaan seterusnya :-





Pandangan bawah
3. Lebih kurang macam inilah jika raga tersebut dipotong.


4. Ambil pemutar skru ( ikut anak panah ) yang sudah tidak digunakan lagi, masukkan di celah2 jaring raga ( boleh tebuk untuk memasukkan pemutar skru - ikut kretiviti masing2 )
5. setelah lubang ditandakan, cabut kembali pemutar skru tersebut.


6. masukkan raga ke dalam inkubator, ambil marker pen, tanda lubang pemutar skru dari arah dalam ( untuk memastikan ketepatan )
7. tebuk lubang inkubator dengan menggunakan gerudi / pisau yang muncung tajam ( tebuk agak2 muat untuk masukkan pemutar skru )
8. bila sudah siap, masukkan telur dalam raga yang telah ditebuk di bahagian tengah. sama ada raga tersebut diletakkan secara "terlangkup" ataupun seperti biasa.
9. tarik pemutar skru ke belakang dan kedepan untuk menggolekkan telur.

Perhatian!!
1. Langkah 8 dijalankan bila suhu inkubator sudah bersesuaian dengan kehendak anda.


2. Langkah 9 - sekiranya berasa longgar di muncung pemutar skru, anda boleh menggunakan getah untuk menguatkannya, sama ada getah penyendal pintu ataupun ikat sahaja dengan dawai.hehe..


3. Ukur inkubator sebelum membeli raga. cari raga yang bersesuaian dengan saiz inkubator anda dan memudahkan anda untuk menarik dan menolak pemutar skru, jangan cari yang "muat-muat", ini akan menyulitkan anda untuk menolak dan menarik pemutar skru. akibatnya, telur tidak akan bergolek.


4. sekiranya telur yang dieramkan tidak memenuhi raga ( contohnya hanya mengeramkan 5 biji telur ), anda boleh meletakkan dawai untuk memastikan telur tersebut masih berada dalam kawasan telur yang lain. ini untuk memudahkan telur bergolek secara selari dengan telur2 yang lain.


p/s - kedudukan raga saya berlainan sedikit. harap maklum.hehe

2 comments:

  1. inovasi yg bagus...cayalah amar..u always dinamic and keeping progress with your work!!

    ReplyDelete
  2. kalau jenis inkubator azam punya,
    buat kayu bingkai besar inkubator tu,
    buat jd dua tingkat, atas letak telur, bawah letak bekas air pon ok jgk.hehe

    bila2 free, saya post utk inkubator jenis cm azam. tp semua lebih kurang je, xde beza pon.hehe

    ReplyDelete

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About