Ads 468x60px

Labels

Friday, January 21, 2011

Buah Nona Versi 2

Assalammualaikum,
kenapa saya guna versi 2?hehe..
saja je. tujuannya ialah untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang buah nona.

Dari Wikipedia

Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani. Buah tersebut mempunyai kulit yang berbonggol dan mempunyai banyak biji.
Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya merupakan pokok renak 6-8 meter tinggi. Daunnya berselang, ringkas, oblong-lanceolate, panjang 5-17 cm dan lebar 2-5 cm. Bunganya dihasilkan dalam kelompok 3-4, setiap bunga 1.5-3 cm, dengan enam kelopak, hijau-kuning dengan keungguan dipangkal.
Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 g. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah; perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat.
Secara tradisi, buah nona sering diperam di dalam kepuk beras sehingga masak.

gambar pokok dan buah nona
bagi yang berminat untuk mendapatkan benih buah nona, bolehlah menghubungi saya. 

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About