kita sudah sedia maklum dengan Mudah.my, memang sangat memudahkan pengguna untuk jual beli barang. Difahamkan mudah.my tersebut bukannya ciptaan rakyat Malaysia, tetapi jiran kita, Singapura. Saya akui, mudah.my memang sangat memudahkan pengguna untuk beriklan.
Hari ini saya ingin berkongsikan dengan pembaca dan saya mengharapkan pembaca juga mewar-warkan laman yang saya perkenalkan hari ini. 100% percuma, anda tidak perlu membayar untuk beriklan. Lagi mudah dari mudah.my dan tidak perlu tunggu pengesahan email jika anda telah menghantar iklan di laman tersebut.
1.OLX
boleh mengiklan ikut negeri dan daerah. sangat memudahkan.hehe..
juga boleh mengiklankan barangan mengikut negeri dan daerah. selepas iklankan barang, email pengesahan akan dihantar ke email pengguna, sekiranya pengguna ingin menambah gambar, atau mengubah suai iklan, klik sahaja email tersebut tanpa perlu delete iklan yang sedia ada. mudah bukan??
3. AgriPlaza
Iklan dalam laman ini lebih kepada industri penternakan dan pertanian. Juga mudah untuk mengiklankan barangan, cuma sehingga kini saya masih belum tahu bagaimana untuk memasukkan gambar di dalam iklan tersebut.
Kesimpulan :-
Kejayaan pengiklanan pada pendapat saya ialah bergantung kepada cara bagaimana sesuatu produk tersebut diiklankan. Saya pernah mengiklankan barangan dengan cara menyelit iklan di dalam surat khabar. Hasilnya, sangat mendukacitakan. Ini kerana, iklan tersebut tidak sampai kepada target yang kita mahukan.
Begitu juga dengan pengiklanan internet, sekiranya laman-laman yang kita iklankan barangan tidak diketahui oleh orang ramai, ini akan mengakibatkan produk kita juga akan turut sama terjejas. Kita tidak rugi kerana tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja dalam pengiklanan dalam talian ( online ) tetapi sedikit kecewa kerana maklumat yang ingin kita sampaikan, tidak sampai kepada pengguna.
Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan pembaca blog ini supaya bersama-sama mempromosikan laman-laman iklan di atas. Untuk apa? untuk kejayaan kita bersama.hehe
sekian
sememangnyer pengiklanan adalah elemen penting dalam memajukan sebuah perniagaan.tidak guna ada produk yg bagus jika agenda pemasaran kite tidak berkesan.justeru teruskan belajar kerana ilmu pemasaran tidak pernah berhenti.akan sntiasa muncul platform yg lebih baru drpd yg sedia ada.thnks kerana berkongsi artikel ni.
ReplyDelete