Anak itik nila yang dinanti-nantikan dan sudah ditempah sebelum itik bertelur lagi telah selamat menetas dengan jayanya.hehe... Semua anak-anak itik nila telah saya kutip dari reban dan dimasukkan ke dalam inkubator untuk memanaskan badan mereka. Maklumlah, bulu masih belum kering sepenuhnya dan tidak dapat berdiri dengan betul. Jumlah yang keluar kali ini dalam 14 ekor kalau tak salah saya. Lagi 2 ibu masih mengeram telur. mungkin esok atau lusa, telur-telur tersebut akan mula menetas. Alhamdulillah..
Jom layan gambar :-
Terkejut apabila melihat selonggok anak itik berada dalam bekas telur ketika sedang memberi itik-itik lain makan |
Jual kira timbang, sapa nk?hehe |
Anak-anak itik ini telah ditempah oleh seorang cikgu di Parit Buntar yang juga telah membeli inkubator dari saya. Sekiranya ada antara anda yang ingin membeli anak itik nila, sila hubungi saya. kemungkinan lagi 10+ biji telur masih belum menetas.
Harga?? RM5/ekor. boleh kurang lagi kalau ambik banyak.hehe
pergh...comel..comel..comel...
ReplyDeletehehe..mmg comel. ddk selonggok lak tu. pagi td dlm inkubator dengar paip pump bunyi air, tgk2 dlm bekas air dh ada ank itik dh.hehe
ReplyDeleteseekor kira berapa ringgit?
ReplyDelete