Ads 468x60px

Labels

Wednesday, December 1, 2010

Ubat Ayam + Mencari Burung Budgie

Assalammualaikum,
rasa lama tak update blog ( walaupun beberapa hari stop ) kerana pulang ke kampung (Tjg Lengkong, Selama Perak) kerana tok wan telah kembali ke rahmatullah pada 25 november yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin...

Saudara Azam dari Keli Oh Keli telah bertanyakan kepada saya jenis ubat ayam yang bersesuaian, saya menggunakan ubat ayam/itik seperti di bawah ini. saya juga menggunakan ubat ayam jenis champion, tp bila tuang ke dalam mulut anak ayam, anak ayam akan tersedu-sedu dan mati ke esokkan hari.(nak guna imbuhan -nya, tp imbuha "-nya" membawa maksud "dia", tidak sesuai digunakan kepada haiwan /benda )hehe..
cara guna ubat ini ( mengikut kata tokey kedai tersebut )
1 cup untuk 1 bekas air kecil.

saya juga tidak sempat menyiapkan incubator kesibukan yang melanda baru-baru ini. jutaan maaf saya ucapkan.

tengah hari tadi saya telah membaik pulih reban burung budgie di belakang rumah. sudah beberapa kali saya membela beberapa pasang budgie, tp tidak menjadi. ada ibu budgie yang mati ketika mengeram telur, tetapi bangkai burung tersebut tidak dijumpai. ketika repair reban burung budgie, baru saya perasan ada lubang di penjuru sarang. sah lubang tikus, patutula telur puyuh asyik hilang je. budgie pon dh beberapa ekor yang ilang,

jadi, saya telah pasang jaring di bahagian  bawah bumbung sangkar tersebut, moga2 tikus tidak menceroboh lagi. di kesempatan ini, sesiapa yang ada kenalan/ saudara mara yang membela burung budgie ini, tolong belikan untuk saya. saya mencari beberapa pasang budgie untuk dibiakkan semula. harga dalam RM30 sepasang pun cukup memadai. kalau free, lagi saya suka. ;)

ni gambar budgie saya yang baru sahaja keluar dr sarang. jadi 3 ekor sahaja, sepatutnya budgie bertelur dalam 6-8 biji telur, mungkin tikus dah makan kot. geram betol!!!






p/s : sudah menerima tempahan anak itik nila sebanyak 20 ekor

2 comments:

  1. Takziah saudara Amar atas kehilangan orang tersayang...semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

    Terima kasih atas entry yang tuan buat ini..amat berguna untuk saya.Hari ni..2 ekor ayam belanda sakit dan tadi petang Doktor haiwan dah mai ambil bawa pi makmal.Harap2 semuanya akan ok..sedih lah bila haiwan2 yg kita bela mati atau sakit...

    Wah..cantik burung tu...dekat Penang ada kedai nama dia KW...kedai tu dekat kawasan air hitam..saya perasan macam ada burung tu...mungkin murah..sebab dulu ada beli anak burung ring-neck kat situ...dekat2 situ juga ada kedai haiwan nama TOBY..kat sini pun banyak burung2 yg dijual.

    Apapun saya harap...perniagaan itik Amar yang dibuat secara hobi dapat beri pendapat lumayan satu hari kelak...

    ReplyDelete
  2. ooo..
    ada penternak ayam belanda/piru yang suggestkan kt saya utk mgunakan serbuk sakit gigi cap kaki tiga. dia ckp bg ayam makan nnti cpt sembuh. saya xcuba lagi, kalau dh cuba, nnti saya buat entry pasal ubat tu.

    incubator dh siap, nak beli ke? hehe

    ReplyDelete

 

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About